KL and Melaka

Dah lama rasanya aku stay kat kl. Lebih 3 tahun aku kat kl dah macam-macam jadi kat aku. Standat la ape yang jadi ada yang buruk and ada yang baik. kl la yang mengajar aku erti kehidupan sebenar. Susah senang suka duka suma aku lalui kat kl. Kehidupan aku kat kl ni membuatkan aku menjadi matang walaupon terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan dan dugaan yang aku hadapi.....

Pastu bila aku baca intro aku balik tiba-tiba aku terasa geli. HAHA!

Actually post ni aku just nak bagi tau kat lu orang yang aku dah tak duduk kl. Skang aku nak stay kat negeri Melaka Maju 2010 ni. Aku dengar member-member aku cakap Melaka skang dah jadi bandar metropolitan. Ala-ala New York gitu. Tang mana yang New York pon aku tak tahu. nanti aku discover balik. hak hak!

                       Ni lah Negeri Melaka kalau korang nak tau. True Story!

Tapi serius aku rasa sayang nak tinggalkan kl. kl beb, Kay Ell! Macam-macam adaa. Sape tak suka duk kat kl. Ujung minggu paling happening. Siang memang tido jela kerja. Lagi-lagi kalau hujan memang tak bangun laa. Sangat rugi la bro ujung minggu pon nak tido je. Time macam ni la melepak best. Bila malam toksah cakap la. Memang happening!

Kalau time baru-baru nak kenal kl, memang wajib lepak kat Pavilion. Pastu ramai-ramai duk berdiri depan pintu masuk Pavi dengan dress up macam nak masuk fashion show. Sape-sape yang nak cari jodoh masa ni lah sesuai. Awek hot-hot suma turun padang. Muka pecah ke muka longkang ke teros jadi hot bila lepak situ. Tapi dress up kene 'Up' la. Kalau tak sleeveless ngan short memang tak sah. Kalau boleh short tu mesti nak pendek habis. Orang kata lagi pendek lagi hott! Yang lelaki pulak berebut nak jadi hero gadis-gadis. Nampak awek lalu depan mata terus jalan mendada. Baru jantan beb! Kalau hari tu nasib baik dapat la sorang. Kalau tak dapat jangan putus asa takde rezeki la tu. Try next week. Hak hak!



             Tempat aku nak buang duit. Rasa tak selesa kalau Aku tak beli belah kat sini


Bila dah abis tawaf satu Pavi sampai rasa orang lain pon dah meluat tengok bebudak ni, yelah mana tak nya round Pavi macam nak shopping sakan tapi satu barang pon tak beli. So time tu lah kene migrasi pegi Bukit Bintang a.k.a BB. Sori la ye, bukan tak nak shopping kat Pavi tapi kalau dah duit pon cukup-cukup nak buat tambang balik ngan Teh o Ais pejadahnya nak shopping kan? BB ni best skit sebab ada banyak gerai makan low budget. Low tak low sangat la der kalau dah coke setin pon dah sama harga macam kau makan nasi lauk ayam 2 ketul ngan sayor. Tapi sekali sekala pedehal kan? Ahaha. Kalau lepak BB sampai malam syok sikit sebab banyak free show. Jangan pikir lain lak. Maksud aku free show ada live band perform kat situ. *ke aku sorang je yang pikir lain? What everrr!

Kekadang bila ujung minggu ni BB selalunya ada buat event kecik-kecik. Time ni ada la bebudak berebut nak tunjuk bakat masing-masing. shuffle la, main alat muzik la, timbang bola and macam-macam lagi la. Bakat aku? Bakat aku kalau aku cite kang korang mesti cakap aku kencing. So baik aku tak payah cita. Ahaks!


Tu la dia zaman time aku baru datang kl. Orang kata time baru-baru nak up. Nanti aku cita lak time aku dah up. Pergh! Up! haha. Ok lah aku nak chow. Kang banyak lak aku mencarot.


P/s : Bye bye kl! minggu depan aku datang lagi. haha

3 comments:

nurul ashikin said...

melaka bandar maju yeh.... yess jonker walk

retop hataf said...

tutup dah. haha. kau lambat. HAHA

yuny said...

ak stuju ngn perenggan ke-2 tu...geli seyy!!huhuhu

Post a Comment