New chapter, New life.


Salam uols.

Camana nak tulis blog eh? Dah tak reti sebenaqnya. Nak tulis apa pon tak tau. La ni lagi dua bulan nak masuk 2016. Last aku post kat blog ni tahun 2011. Tuuuudiaaaa punya berhabuk blog ni. Daki kemain penuh sampai susah nak kikis. Saja nak bagitau yang aku lama tak menaip. Haha

Camni la senang aku ringkaskan cerita, la ni aku dah kawin. Baru sangat. So kena la ngan tajuk aku new chapter new life. Kepada semua fans aku, (walaupon aku sedar yang aku syok sendiri sebab aku tak ada fans) aku dah tak available. kekeke

Banyak benda aku nak story. Cuma aku tak reti aku nak mula daripada mana. Semuanya jadi terlalu pantas. Sampai aku sendiri pon tak terkejar.

First of all, aku amik kesempatan ni nak mintak maaf kat suma yang kenal aku sebab ada yang aku tak bagitau yang aku kahwin. Aku cuma bagitau orang yang aku jumpa je. Mana yang aku tak sempat bagitau tu aku mintak maaf sangat. Kelam kabut tahap gaban sebab preparation nak kawin sebulan je.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tanggal 3 oktober 2015, dengan ke-awesome-man aku dengan sekali lafaz aku dah jadi laki orang (ini bukan riak harap maklum) dan dosa aku pon serta merta jadi double. Tak bole lah aku nak berhuha tak tentu pasal lagi. Dah kene pikir macam-macam. tanggungjawab bla bla bla.

Ramai je kawan aku macam tak percaya yang aku dah kahwin. Takde ribut tup-tup aku dah selesai. Tapi thanks to uols kengkawan punya havoc sampai pelamin aku runtuh. Korang memang awesome. pffttt

Tapi ada jugak yang bambu aku sebab tak menjemput or bagitau. Rilek ok, belah aku nanti mai la datang kat Melaka insyaallah. Tarikh aku inform kelak. Takkan la aku nak ajak kawan aku ramai-ramai datang belah perempuan. Tak pasal aku kene pelangkung dengan mak mertua aku nanti. Hilang title aku sebagai menantu kesayangan pulak ( kesayangan le sangat, Kah )

Pape pon terima kasih pada semua yang datang meraikan majlis perkahwinan aku dan isteri.

Abang payung sikit gambar. Bebudak ni yang buat pelamin runtuh. daje. HAHA



Pancutan Hebat

Aku terjumpa benda ni kat dalam blog member aku. Nak pegi blog dia tekan sini.


Memang awesome orang jepon ni. Sebab tu aku kagum ngan dorang. Nice.

Blogging?

Rindu aku kat blog ni. Lama dah rasa nya tak post something. La ni tetiba rasa macam nak update menda tapi tu lah tak tau nak update ape. Takpe aku try gak tulih something.


Skang aku dah benti keja. Selamat tinggal Synergistic Generation aku dah tak keja ngan ang laie. Btw aku nak ucapkan thanks kat sape-sape yang terasa depa keja kat situ sebab dok ajaq aku menda bukan-bukan. Duk ajaq aku buat keja sampai la duk ajaq aku cara pikat awek la jaga bini la suma depa duk ajaq. 


Skang aku dah belajar balik. Aku belajaq kat Uniten. Ampa tau dak uniten tu kat mana? Takkan tak tau kot. Kat bangi la. Actually aku pon tak tau sebenaqnya nak habaq uniten tu kat mana. Sat orang kata kat bangi sat tengok alamat depa tulih Campus Putrajaya Uniten. Tapi aku rasa macam kat Serdang pon ada gak. Ontah lah den pon tak tau kek mano nak gitau. Yang den tau lokasi dia cukup lah. Gitau detail pon bukan ekau nak datang molawat den.
*totibo masuk loghat nogori. lantak ekau la nak koba apo ni belog den. 


Den sobonar ea memang ado niat nak aktif balik blogging bilo nak masuk blaja balik. Yo la dah lamo den tak ngepdate, dio punyo rindu lak ai cam nak cium jo Miranda Kerr.*tak pasal.  Ekau konal tak Miranda kerr? Bini tak jadi den?

Ni la Miranda Kerr. Terbaik dari Ladang


*back to normal accent


1st day aku masuk belajar dia punya orientasi mak ai. Tu je bole aku cakap. Korang suma penah orientasi kan, so sama je mana-mana pon. Next time aku cita pasal orientasi depa. Tapi dalam pale otak duk pikir nak start blogging balik. So aku pon try la pakai tenet kolej aku ni. Mak ai. dia punya laju jangan cakap la. unifi pon kalah. Huh! Nak bukak google pon aku sempat masak air la. Ok aku exaggerate. My mistake. :(


Tapi memang slow la tenet dia. Takpe aku paham. Biasa la tu kita duk kongsi ramai-ramai kan server dia sebab tu la slow. So baru la ni aku dapat ngepdate tu pon selepas aku bertafakur selama 8jam semata-mata taknak diri aku dirasuk setan dengan mencampakkan laptop aku dari tingkat 4 kebawah atas alasan tenet slow. 

Acah-acah lawa kan? padahal ni gambar after photoshop


Gambar Pecah skit


Uniten? kenapa uniten? aku pon tak tau kenapa aku pilih uniten. maybe sebab dia.....ermmm sebab diaaa ermmmm......sebab diaa ermmmm...... Next question please. tak leh nak jawab. 


Sebenarnya aku tak apply mana-mana pon. Aku just apply Uniten je so bila dah dapat aku terus accept tanpa pikir panjang. Dah masuk baru lah aku dapat rasakan sedikit erti penyesalan. Tapi takpa akan aku harungi kehidupan sebagai student as my challange. Chewah. 


Tapi suma tu sekejap ja. Sebab la ni aku rasa seronok lak belajar kat uniten ni. Sebulan aku duk sini baru aku rasakan uniten ni banyak awek hot-hot. Serius tak tipu. *sambil angkat tangan kanan* Kalau korang tak caya meh datang sini kita tengok. Yang acah-acah hot pon banyak gak. Lagi banyak dari yg hot-hot. Eh! kang tetiba cik adik aku duk baca mampuih aku kene pelangkung ngan depa. Takpa cik adik jgn risau my heart always for you cik adik. Chewahh lagi sekali! haha. 

Yang ni bukan acah-acah hot. take note!


Tapi ada satu ja aku tak pueh ati kek uniten ni. malam kalau nak makan kemain jauh lagi. Kalau takda transpot memang kebuluq la jawap dia. Takkan ari-ari nak bedal nasi lemak koop lak. berlemak lak badan aku. Badan berlemak aku tak kesah lagi. Kang tetiba perangai aku lak naik lemak tak pasal bapak aku bebulu ngan aku nanti. 


Tahap kesusahan belajar? omputih kata difficulty of study? Bagi aku sama ja kalau nak banding ngan mana-mana U. Hang pi kelaih, hang buat homework, hang study awai, hang bole la dapat dean. Kalau takat sok nak exam malam tu baru hang bukak buku hang pi mana-mana belajaq kalau lagu tu cara hang buat memang ang failed gak. 


Aku ni dah bebel cam mak nenek tak tentu pasal ni aku rasa dah pelan-pelan aku tekan button publish. Idea nak menaip pon dah abih rasanya. Elak aku menaip tah pape je nanti. Yess! 1st entry after 8 month den sonyap.


Btw, meh la follow twitter den. @fatahpoter nak promote skit. hehe. 


Eksiden

Aku terjumpa video ni dalam youtube. Agak menakutkan gak la. tengok la sendiri.



teringat pasal kakak aku. nasib baik tak jadi macam ni.

Kakak ku ngan Petronas.

Firstly aku nak mintak maaf ngan kakak aku. Tapi bagi aku peristiwa ni memang agak geli hati. Kisahnya begini....*sambil mata pandang atas..

Kakak aku ni baru dapat lesen keta. Normal la kalau dah ada lesen keta ni mesti la nak bawak keta kan. takkan lah nak bawak kapal terbang pulak.

So kakak aku ni mulakan politiknya nak bawak keta dengan memujuk mem besar (mak aku) sendiri. Lepas berusahah memujuk akhirnya politik kakak aku ni mula menjadi tapi dengan syarat. Syaratnya mak aku kene ada kat sebelah.

Di pendekkan cerita, kakak aku ni dapat la bawak keta. Tapi sebelum kakak aku perabihkan minyak keta, mak aku pon soh la isi dulu.  Sesampai kat petronas, after bayar membayar, tuang-menuang, isi-mengisi suma selesai. kakak aku teros la start enjin nak blah.

Time ni aku agak pelik. Kakak aku dah masuk gear, dah turun hand break and dah tekan minyak sampai meraung-raung enjin keta, keta still tak gerak kedepan. Yang magic nye masuk gear satu tapi keta undur ke belakang.

Bila enjin keta dah meraung-raung macam nak meletop je bunyinye tapi keta tetap ke belakang menyebabkan berlakunya banyak spekulasi yang kitaorang pikirkan. Mak aku pon heran mengapa kejadian begini boleh berlaku. Nak kata keta rosak tak mungkin sebab keta baru lepas servis. Enjin turbo yang mak aku pakai ni rosak? Mustahil.

Akhirnya segala spekulasi terjawab bila mak aku mendapat tahu ape problemnya keta tu asik undur. Rupa-rupenye kakak aku duk tekan minyak tapi tak lepaskan clutch kaki. adehh.

Tapi lebih menyayat hati bila seorang pekerja kat situ bersuara.

"Saya ingat anak makcik nak langgar Petronas. Puas saya mengucap banyak kali."

                                                        ******************

Aku ingatkan lepas kejadian tu kakak aku memang takkan bawak keta manual. Sekali ada lagi satu peristiwa.

Kakak aku kemain lagi soh aku balik Melaka cepat. Aku pon heran. Ingat KL Melaka tu dekat ke hape. Nasib baik lah aku memang otw nak balik Melaka.Tapi gaya kakak aku ni macam ada masalah besar sangat! So aku sebagai seorang adik yang bertanggung jawab berdesup la bawak motor. Time-time camni celah lori pon aku selambe cilok.

Sesampai aku kat rumah aku teros tanya kakak aku kenapa soh aku balik cepat Ape prob yang melanda dirinya? Kambing yang kita bela kene curi ke hape?

"Sebenarnya aku stuck kat traffic light. Keta takmo jalan." Jawab kakak aku.

"Keta rosak ke?" tanya aku buat-buat caring.

Soalan aku tu membuatkan kakak aku diam membisu. senyap gumpita aku pon tak paham kenapa. Kenapa dia takmo jawab soalan aku tu? Soalan aku tu susah ke nak jawab? Aku tanya soalan standat SPM ke hape sampai kakak aku takmo jawab?

Tiba-tiba ada suara sumbang merdu menyampuk.

"kakak kau tu mana reti bawak keta manual. Tu yang keta tu tak bole jalan kat traffic light" kata nenek aku.

........

Tak nak kalah!

Manusia. Bagi aku standat lah kalau ada yang melakukan kesilapan. Dah memang kita ni manusia insan yang lemah. Banyak melakukan kesilapan. Kita bukan Nabi atau Rasul yang maksum. Kann!

Lek laa. Aku baru je tulis intro macam ni korang dah nak lari, dah takut-takut. Siap dah bukak baju sebab panas la tu. *Gaya macam ramai je baca blog aku. huu

Sebelum tu meh sini aku nak terangkan kat korang. Ni untuk sapa-sapa yang tak tau la. Yang dah tau korang buat-buat la tak tau. Korang tau tak ape tu fairing? Fairing for bike? Meh aku tunjuk dalam gambar. Lagi senang korang nak paham.

Ni lah dinamakan fairing yang tutup lampu sama meter moto.

Atau nak lebih detail lagi fairing tu kira macam cover lampu, meter ntok motor la. Kalau korang ni jenis yang lembab jugak still tak paham atau korang ni buat-buat tak paham korang google la sendiri. Google korang tau tak ape menda tu? Kalau tak tau jugak better korang tak payah ada internet. keh keh keh!

Nak dijadikan cita aku dan kawan-kawan aku baru abis main futsal. Biasa la kalau dah lepas men futsal tu mesti la melepak duk sejukkan badan. Tengah berpeluh-peluh pastu macam-macam bau ada. korang penah bersukan kan. so korang mesti la tau.

Nak dijadikan cerita, time tengah duk melepak kat tepi court tu, member aku boleh tanya sapa yang bawak motor FZ 150i tu, So tuan dia pon angkat la tangan dengan muka yang agak-agak bangga dengan motor beliau. Penuh belagak nya dia pon berkata,

"kenapa? Kau nak test ke? berapa kilo?"

"Takde la nak test. Nak tanya je. Brape kau angkat moto ni?"

"Aku angkat satu je." Jawab tuan punya FZ

"Aku tanya brape ribu kau beli."

"aku pon tak tau brape sebab ni motor abang aku." Jawab tuan punya FZ sambil sengih macam muka mintak di sepak secara berjemaah.

Macam ni lah rupenye motor FZ 150i yang digembar gembur kan tu

Time dorang duk borak-borak pasal motor ni aku malas nak amik port sangat. Sebab aku tak berapa minat motor ni. And aku tak banyak knowledge pasal motor. So aku ambil langkah simple just diam and dengar ape yang dorang bualkan.

Dah dorang duk bual-bual pasal motor, Tiba-tiba salah sorang member aku duk tanya kat tuan punya FZ 150i ni.

"Kau taknak pakai fairing ke?"

Jawab tuan punya FZ 150i dengan penuh keyakinan sambil letak tangan kat dada tanda-tanda awal nak riak

"Buat ape pakai fairing, Aku pakai automatik je."


                                                          **************

Keadaan tiba-tiba sunyi macam ada malaikat lalu, hingga aku yang start gelak dulu. Aku tak paham la kalau dia ni buat lawak bodo atau memang betol-betol tak tau.

p/s : Kalau tak tau cakap je tak tau. Kan dah tak kene bahan. HAHA

malas belajar.

aku rasa kebanyakan orang dah nengok video ni kat sama ada kat youtube tak pon kat page facebook aku. Bagi aku video ni awesome sebab waktu aku kecik2 dulu aku gian main game pokemon. Btw thanks to Goblog sebab tunjuk aku video ni.