Lepak minum

Aku memang suka abiskan masa dengan kawan-kawan aku, Hilmi, Ashraf ngan Ramzu *bukan nama sebenar* lepak kedai makan. Tak sempat nak duduk terus ada awek datang amik order.

"Minum apa?"

"Nescafe tarik satu" Aku terus order air faveret aku.

"Teh O ais ye." kata Hilmi.

"Samalah Teh O ais" Ramzu pula berkata.

"Ermm..Lagi sorang nak minum ape?" tanya awek tersebut.

"No. its okey. im driving." jawab Ashraf simple.

Awek tersebut meninggalkan kitaorang ngan penuh tanda tanya.

Tak masuk akal

Suasana di dalam kelas yang agak muram. Lecterer sedang mengajar dan student pulak buat-buat fokus. Salah seorang student dalam kelas tersebut boleh terlelap dengan sungguh lena.

Standat la bagi student kalau ada yang tido dalam kelas. Bukan salahkan lecterer bosan mengajar tapi maybe student tu ulangkaji pelajaran sampai larut malam.

Tiba-tiba salah seorang student angkat tangan dan menanyakan satu soalan yang langsung takde kaitan dengan subjek yang diajar.

"Puan. Dia kelip mata lama sangat." katanya dengan selambe.

Idea bodoh

Apabila hidup tengah bosan. Akan terjadilah banyak kejadian pelik.



korang bacalah ape Rfq Kml post kat Emma Watson. Sumpah sengal. HAHA. Aku tabik sama kau Rafiq!

Terkejut.

Arini ada artis jepon datang makan kedai aku. Aku tak kenal dia. tapi dia cakap dia fahmes kat jepon tu. Nama dia Kyouyo Masaya. Sapa-sapa nak kenal leh add FB dia.

Artis jepon kot. Jangan tak add. HAHA

              Ni gambar adik dia. Muka dia lebih kurang ngan adik dia. Rugi korang tak add.

Buat Hal

On the way aku ngan member aku nak balik rumah, di suatu traffic light dekat sini hari ini, datanglah sebuah kereta Satria yang agak-agak poyo. Dia parking betul-betul sebelah kereta aku.

Yang aku geram kereta tak hebat mana pastu duk bakar-bakar. Driver dia siap pandang aku pastu buat muka kerek.

Aku yang sememang nye cool terus maintain cool. Malas aku nak layan budak mentah tu. Aku tau niat dia nak berlumba ngan aku. Mentang-mentang aku pakai Mazda RX-7 berno. plat MAH 28** kau nak kerek ngan satria kau.

Sekali member aku dok bakar-bakar aku soh lumba. Aku yang sememangnya berdarah Hang Jebat ni pantang dicabar! Mula lah aku nak tunjuk power. Aku pon ape lagi lumba la ngan mamat kerek tu. Keta dia kat depan aku pulak cucuk-cucuk kat belakang. Sampai satu selekoh ni aku teros potong keta dia sambil aku buat muka kerek kat dia balik. Baru kau tau sapa aku. 'Haih! So easy. Sememangnya budak mentah' bisik aku dalam hati.

Lagi beberapa kilometer lagi aku akan sampai umah aku. Budak kerek tu masih lagi tak dapat potong aku. Aku mula lah berasa bangga.

Tiba-tiba aku jadi tak sedap hati. Keta aku buat hal. Terpaksa aku hentikan keta aku kat tepi jalan.

"Apsal kau stop? Enjin keta kau blow ke?" Terpacul soalan dari mulut member aku.

"Takde lah. Minyak abis. Aku lupa nak isi."

Spoil betol!

Pelaris

Bila kita berniaga, perkataan pelaris tak lekang dari telinga kita. Sama la macam yang terjadi kat aku. Bila aku start meniaga ni teros ada sorang berpangkat nenek datang jumpe aku.

"Baru bukak kedai?" tanya nenek tu.

"Baru la jugak. Baru dua hari bukak, nek. Btw nenek nak minum apa?"

"Ekau bagi la nenek teh o suam kurang manih dah la yo"

"Orait. Makan?"

"Nenek diet. Bagi nenek air jo lah. Ekau tak payah la nak bernenek-nenek. Panggil aunty pon boleh"

.......

Tanpa banyak cakap aku teros ke dapur buatkan nenek perasan aunty tu air. Ketang ketung ketang ketung siap la air nenek tu. Ops! aunty tu. Aku pon hantar la.

"Ekau meh sini kojap. Aunty nak tanyo ekau ni."

"Padia nenek? ops! aunty?"

"Ni kodai ekau yo? Apak ekau mano?"

"Apak den tak niago. Dio yang soh den bukak kodai ni ha" keluar dah loghat Nogori aku.

"Ooo. Aunty nengok kodai ekau ni kurang oghang jo. Ekau nak pelarih?"

"Pelaris?"

"Yo lah. Aunty jual polarih. kalau ekau nak aunty boleh rekemen polarih aunty ni ha. Ekau nak tak? Dulu aunty nak jual kek apak ekau dio taknak. Tak pocayo"

"Den nengok dulu la cammano. Den pon baghu jo bukak kodai ni."

"Ekau nak takut apo. Polarih aunty ni takdo pujo-pujo. Takdo pantang laghang. Ekau tak payah risau la. Ni takdo syirik-syirik. Ekau nak tak?"

"Ermmmmmmmm! Kalau den nak camano? Kalau den nak lah."

"Kalau ekau nak aunty jual kek kau. Hargo dio mahal sikit. RM500."

"Mahalnya?"

"Aunty bagi kau RM300. boleh?

"Takpe lah nenek. Den tanyo jo. Kalau den nak den cari nenek. Tapi den raso den taknak kot. Ops! Silap. Aunty"

"Camtu takpo la. Tapi aunty nengok kodai kau ni macam kono buek oghang. oghang tak nampok!"

Laa nenek ni. dah aku tak mau beli terus je dia cakap kedai aku ni kene buat orang. Macam-macam ragam orang nak menjual barang ni. Aku pon dah malas layan nenek tu terus aku buat-buat busy.

Member aku tanya la aku ape nenek tu nak. Aku cakap nenek tu jual pelaris. Terus member aku cakap. 'Kau soh la nenek tu yang pakai pelaris sendiri. Diri sendiri pon tak laris. yela kau pon taknak beli.'

Haih! Macam-macam.

P/s : Nak maju bukan pakai pelaris. Kalau dah sedap makanan tu laris la. Tu baru betol!

kawan sejati.

Seorang kawan yang baik takkan lupakan member-membernya. Lagi-lagi bila beli makanan.

"Gimme 1 set burger please! 1 Set je!"

"Encik nak burger ape?"

"McChicken, Bungkus tau. Nak makan kat umah"

"Suma skali RM blah blah blah, ye encik."

"Err, tolong potong 4 bahagian skali, bole"

Baik punya cover.

Lokasi : Rumah sewa.
Waktu : Hujung pagi nak masuk tengahari

Hari ni budak rumah aku ramai takde. Awal-awal pagi lagi bebudak rumah aku dah keluar mencari nafkah batin. Aku je terlajak sampai tengahari. Bukan bermakna aku malas ok. Cuma keletihan sikit.

Masa tu aku tido dalam bilik kawan aku joe *bukan nama sebenar*. Bila tersedar je aku dari lamunan mimpi yang ala-ala indah, aku teros ke bilik aku. Aku ternampak atas katil aku ada suatu benda yang sangat merbahaya. Itulah rokok. Aku buat-buat tak amik port pasal rokok tu sebab aku tau tu just kotak kosong. Aku teros capai towel nak mandi.


Aku mimpi dia. True story!


FYI, bagi sapa yang menghisap rokok, kadang kala rokok ni macam barang panas. Tak boleh nak tayang-tayang. Kene sentiasa simpan atau sorok. Yelah mana tak nya kalau tak sorok, esok pagi bangun tido sedar-sedar rokok tu dah abis. Disebabkan pihak-pihak tak bertanggung-jawab ni lah tercetusnya kes pergaduhan antara housemate lah, kes pukul housemate lah, kes memulau housemate lah, kes buang bayi lah. Haa, last skali tu aku tipu.


                                                    *************


Sedang aku menghensemkan diri aku yang sememangnye dah hensem, Aku terlihat kelibat sorang housemate aku yang baru bangun tido. Ikram *bukan nama sebenar* ngan muka toya ada sikit-sikit mamai sambil tangan menggaru benda tak sepatutnya, keluar dari bilik tido. Aku still tak amik port dan masih teroskan kerja-kerja menghensemkan diri aku.

Pabila aku rasakan gadis-gadis boleh cair bila pertama kali pandang aku, teros aku ke bilik joe semula untuk sambung tidor. Bilik dia ni sedap sikit nak tidor sebab gelap pastu kipas pon laju. HAHA

Baru je aku nak terlelap, Aku teringat aku tertinggal handphone dalam bilik. Aku bergegas nak amik handphone aku walaupon aku tau takde sapa nak message aku. Langkah aku tehenti sekejap. Aku menjadi kaku dan tak berkata-kata. Apa yang berlaku?

Dari luar pintu bilik aku terlihat seorang lembaga, Aku amat mengenali lembaga itu, itulah ikram! Apa dia buat dalam bilik aku? Aku still perhatikan dia. Wahh! dah macam Detektif Lim Gerak Khas la pulak aku rasa diri aku ni. Aku lihat gerak geri dia macam mencari sesuatu dalam bilik aku.  Aku diam.

Ikram mengambil sekotak rokok berjenama Winston atas katil aku. Dia cuba menggoncangkan kotak tu mana la tau ada isi lagi ke. Aku memang dah lama tau kotak tu kotak kosong. Tapi saja nak tengok gelagat Ikram.

Rokok fahmes kat umah aku


Aku nampak ikram macam tak puas hati. Selepas digoncangkan kotak tu di buka pula kotak tu untuk mendapat lebih kepastian. Memang kotak tu kosong. Ikram hampa. Dicampakkan semula kotak tu atas katil. Semasa dia mahu keluar dari bilik aku, dia terkejut melihat aku berada di muka pintu.

Teros dia menanyakan satu soalan kat aku.

"Penyapu mana? Ada penyapu tak?"

Kau punya cover memang A! HAHA

Selamber

Dua orang kawan aku, Gary ngan Hapes pergi open house umah kawan aku, Apek. Keadaan time tu ujan renyai-renyai.

Sampai je kat umah Apek, mereka disapa mesra oleh ibu Apek.

"Hujan ke?" Tanya ibu Apek penuh mesra untuk memulakan perbualan.

Hapes ngan senafas jawab. "Tak. Kami Bunkface."

Fast And Furious

video


Lagi hebat dari Vin Diesel. Tak caya korang tengok. Aku tak tipu!

P/s : Malam ni aku cita pasal kambing je. Pehal ek? huhu

Kambing oh kambing

Kalau la aku ada mesin masa macam cita doremon tu. Aku rasa aku nak balik la zaman time aku kecik-kecik. Best woo time tu. Kalau korang nak tau aku lah antara manusia yang paling baik time kecik dulu.

Aku tak penah kot buat jahat, apetah lagi melawan cakap parent. Masuk waktu sembahyang je terus capai beskal pegi masjid. Bila malam menjelma, kompem-kompem aku akan ulangkaji pelajaran. Tepat kol 11 aku bersiap nak tido. Bangun pagi pukul lima bersiap nak ke sekolah. Balik sekolah terus pegi sekolah agama. Macam tu la rutin aku tiap-tiap hari. Baik kan aku? Tolong la percaya cakap aku ni. Aku tak tipu. hahaha

Time aku kecik-kecik aku selalu dengar orang cakap kambing takut air. Betol ke? Ntah la. So time ni la aku nak jadi tahu sama ada betol ke tak fakta tu. Standat la kecik lagi. Banyak menda yang perlu aku belajar. Kira macam cita Mythbuster kat Discovery Channel tu la.



So aku pon planning ngan member-member aku nak tengok sama ada betol ke kambing ni takut air. Aku dapat idea lagi best. Daripada nak buktikan kambing tu takut air ke tak baik aku tengok kambing berenang macam mana. Mesti kambing tu akan gelabah gila bila terjatuh dalam air. Aku rasa la. dah kata pon kambing takut air ye tak?

One day aku pon cari la sekor kambing and aku nak campak dalam sungai. Kat kampung aku ada satu port banyak gila kambing. Kebetulan pulak kat situ memang ada sungai. Tak payah susah-susah aku nak buat eksperimen.

Ringkaskan cita aku dah dapat tangkap sekor kambing baru meningkat dewasa. Janggut pon tak tumbuh lagi. Dengan lincahnya aku bawak kambing tu atas jambatan. Lagi senang aku nak campak dalam air. Dengan bacaan Bismillah kambing tu selamat terjun dalam sungai.

Serius weh aku jadi hairan sangat. Apa yang aku buat sumuanya sia-sia. Hajat hati aku nak tengok kambing berenang punah. Sekali lepas aku campak terus tak timbul-timbul. Takkan terus menyelam kot? Takkan kene makan ngan piranna? Kat sungai tu boya pon takde.

Rasa tak puas hati dalam diri menyebabkan aku terjun dalam sungai. Puas aku mencari tapi still tak jumpa. Mula la aku ngan kawan aku pikir macam-macam. So conclusion yang boleh aku buat kambing tu ada bela jin. Dia bole ghaib dalam sekelip mata bila terjatuh dalam sungai.

Kemain lagi kau senyum ek!  Haih!

Aku pulang ke rumah ngan perasaan hampa. Tapi takpe yang penting tadi aku sempat mandi sungai skali. Haha.

Esoknya aku pergi sekolah macam biasa. Sesampai je aku kat sekolah, ada sorang budak perempuan Azian nama dia. Dia nak jumpe aku. Dia cita kat aku yang kambing dia hilang sekor. Abis aku! Camne dia boleh detect kambing dia ilang sekor? Masak aku kalau dia tau. Bapak dia dah la garang. Sekali bapak dia tembak aku pakai senapang dia mampos aku. aku dah la tak kawin lagi.

Aku simpan rahsia ni dari Azian Hampir setahun. Dekat nak UPSR baru la aku gtau dia. Bajet nak jawab peksa ngan tenang la. Tak sangka sepanjang aku exam tu aku ngan member aku terok jadi balaci dia. Kalau tak dia repot kat bapak dia. Cilaka betol!

Tu lah kerja nakal yang aku tak boleh lupa. Tak dapat tengok kambing berenang tapi kene jadi balaci. Nak buat macam mana. Dah nasib badan. Sejak dari hari tu aku dah tak pergi kat sungai tu lagi. Aku takut roh kambing tu rasuk aku.


Bila aku pikir balik macam bangang pon ada gak. Hahah. Maybe sebab tu kot aku sampai skang  suka makan kambing. Takde kaitan. haha.

P/s : Aku sampai skang taktau camne kambing berenang. HAHA

Terbalik

Bapak mertua buat air untuk menantu. Hell no!

Mengada

video


Anak buah aku yang sangat mengada. Nasib baik kau comel. haha. FYI, dia ni lelaki. tenkiu.

Silap Beli

Nugget Tempura. Penah dengar tak? Kalau yang biasa makan makanan jepon maybe tau la Tempura tu ape. Tak silap aku tempura ni makanan macam udang, sotong, ayam yang di goreng ngan tepong. Betol ke? Aku pon tak tau. Yang aku tau nugget tempura memang sedap dimakan sambil cecah cili sos then perot aku pon kenyang.

Ni lah contoh nugget tempura.

Aku capai henpon teros kol bapak aku mintak beli menda alah ni. Punya la excited nak makan. Tak sabar-sabar aku nak tunggu bapak aku balik.

Sekali bapak aku boleh beli Nugget cap XX. Ntah hape jenama nugget pon aku tak tau. Aku order lain kot. Aku tanya pasaipa beli yang ni.?

 "Laa ni la dia nugget kau nak kan? Nugget TERMURAH." Jawab bapak aku spontan.

Adehh!

Password

Hari ni aku aku makan nasi ngan ikan goreng. Pelahap gila aku makan. Nak kata lapar tak jugak. Tapi gaya macam tak makan sebulan. Nak kata sedap pon tak. Ikan goreng je pon. Bukannya aku makan kepsi or mekdi.

Cukop ngan intro yang takde kene mengene.

Skang aku straigh to the point.

One day, aku nak pinjam pc member aku. Ada lak password. Aku cukop menyampah kalau ada password ni. "Komputer wakaf pon nak password ke? dah la pakai windows Xp, haih!" Bentak hati kecil ku.

Aku capai henpon teros kol member aku.

"Weh! Pasword PC kau ape?"

"Entah!"

Aduh. lawak ape lak dia cuba buat ni. Takkan password sendri pon tak tau?

"Kau cuba jangan buat lawak spastik. Kredit aku jalan ni. Apa password kau?" aku try bersabar.

 "Entah!"

 "Laa. komputer sendiri pon takkan taktau password?" Aku mula tinggi suara.

"Entah la password aku. Haih lembab betul!" Maki dia

Adeh, aku pulak kene maki. Apelah nasib. Terus aku off fon. Terkene aku ngan mamat ni. Biasalah manusia. Bila dah terkene macam tu niat hati nak reply membuak-buak. Aku pon ape lagi terus tukar password kat PC dia. Password aku letak simple je. 'tak dapat lah'.

'Padan muka kau mesti kau kene balik ngan aku. Aku happy. ' Kata hati kecil.


                                           **************

Member aku cita kat aku. Kes dia kene lagi terok. PC dia tinggal kat umah. Dia pulak belajar kat Perak. Masa dia belajar kat Perak, password dia letak lagi macam haram. Bole dia letak perkataan berunsur lucah campur makian skit. So bila member-member nak tanya password bole la dia bagi makian free. Tapi yang bodohnye dia ni bila bawak balik kampung PC dia, boleh terlupa nak tuka password.

Kring-kring!

Bapak dia kol.

"Angah, Apa password komputer kau?"

Terkedu member aku kejap. Baru dia perasan dia lupa tukar password.

"Angah, abah tanya. Apa password kau?"

"Nanti angah msg." Jawab member aku terketar-ketar.

Dia pon msg la bapak dia. 'Bah, password komputer kimakkau.'

"Indahnya bahasa," Simple bapak dia reply.

Itulah kali terakhir komputer dia berpassword. Padan muka kau!

Kamera Power

Lepak mapley ngan member aku borak-borak pasal photoshoot.

"Kau ada member-member buat photoshoot?" tanya member aku.

"Ada la sorang dua." jawab aku simple.

"Aku ingat aku nak join la. Nak test power kamera aku ni."

"Boleh je nak join. Nanti aku try tanya member aku. Kau pakai kamera ape?"

"Kamera 3.2 Sony Ericsson"

Cilake!

Budak Zaman Sekarang Memang bijak

Peristiwa ni terjadi 2 tahun lepas kot. Aku pon tak ingat bila tapi yang aku ingat time tu family aku ngan sedara aku pegi Terengganu. Bukan untuk bercuti tapi nak ngantor kakak aku kawin. So dah alang-alang kakak aku kawin ngan orang Terengganu memang pakej la kite orang suma bercuti sekali. Maklum lah bukan selalu sampai Terengganu.

Sampai je Terengganu family aku ngan pakcik2 aku tak payah susah-susah nak cari chalet ke hotel. Suma dah disettlekan oleh abang ipar aku. Aku tak ingat ape nama chalet tu tapi yang aku ingat chalet tu tepi pantai pastu dekat ngan airpot Terengganu.

Kat chalet aku ni ada satu kedai makan agak best gak la. Dia just jual ikan, sotong, udang goreng tepung je. Tapi customer kat kedai tu ramai nauzubillah. Nak kata sedap sangat memang sedap pon. Ikan suma fresh. Haha. Tapi aku bukan nak cita pasal kedai ni. Aku nak cita pasal sorang budak ni a.k.a sedara aku yang still lagi kecik dalam umor 5 tahun macam tu la. Nama dia Shuhada. aku panggil Hada je. Comel budak ni. Dah besar mesti cun gila. So sapa-sapa yang nak budak ni boleh la booking skang. Untuk tempahan dail no ni 012-2233Blah2. Kepala hotak aku! Tau dek pakcik aku mampos aku? haha

Abis je makan kat kedai yang ramai orang tadi, kitaorang decide nak pegi pantai lak. Saja melepak ramai-ramai kat situ. Yelah bukan selalu dapat bercuti macam ni kan. Haa. Ni yang part aku nak cita ni. Mesti korang dah tak sabar ape yang aku nak stori pasal budak Hada ni kan. Lek lu sap rokok lu jangan golojoh-golojoh. Hik hik!

Budak Hada ni memang comel umor pon baru 5 tahun. (Saja ulang banyak kali. Annoying tak? Hak hak) Budak Hada ni pulak kecik-kecik dah pakai spec. So aku pon suka la menyakat budak ni. Macam-macam aku sakat sampai nak nangis budak ni kene ngan aku. Dalam hati dia aku dapat rasakan mesti dia berbulu je ngan aku asik sakat dia. Tu la sapa soh comel sangat. Kan dah kene.  : p



    Yang kecik molek rambut kembang pakai baju putih bintik-bintik berseluar                             yankee dekat kanan gambar tu lah Shuhada. Comel kan!


Macam biasa aku teruskan keje menyakat Hada. Saja aku nak try test brain dia. Aku soh dia tulis nama dia kat atas pasir. Dia pon tulis la. 'SHUHADA'. Wah dasat! Aku agak impress kat situ. Budak umor 5 tahun dah reti tulis nama sendri. Siap takde error pulak tu. Aku pon waktu darjah satu still lagi menggigil nak tulis nama sendiri. HAHA.

Berbalik kat cita tadi. After Hada ni abis je tulis nama dia, aku pon tambah la perkataan kat bawah nama dia. Aku tulis 'RABUN'. Aku nampak muka dia buat selambe bila aku tulis 'rabun'. Aku tak puas hati dia wat lek after aku tulis macam tu so aku pon soh dia baca kuat-kuat ape tertulis kat pasir tadi. Dia pon baca la. Habis je dia baca...

DUSHH!

Sekali dia tumbuk tepat kene 'anu' aku. Dalam keadaan separuh senak aku tanya dia ngan nada terketar-ketar.

"Kenapa Hada tumbuk kat situ? Kenapa tak tumbuk kat tempat lain? Sakit tau!"

Dia jawab ngan jawapan yang paling ringkas.

"SHUHADA kan RABUN."

Sangat pedas jauh menikam kat dada aku. Shitt!

Sign Board

Cuti sem. Bila start cuti sem aku akan balik rumah walaupon umah aku takde pape. Kadang-kadang memang bosan duk kat umah tapi nak buat macam mana. Kang tak pasal aku kene ishtihar anak derhaka tak reti balik umah. Taknak aku jadi batu.

Baru sehari aku duk umah dah macam setahun aku rasa. Sangat bosan. Yela mana taknya. Waktu dulu umah aku ni takde entertainment. Astro pon takde. Streamix? lagi la takde. huu. Bila aku suruh bapak aku pasang Astro, 'dia cakap membazir', 'Takde sapa tengok tv kat umah la', 'cita ngarut la'. Tapi yang aku herannya penah sekali one day aku follow bapak aku pegi masjid, time balik tu bapak aku melencong pegi umah makcik aku. Aku ingat dia ada sumthing important to do. Rupa-rupanya nak tengok Sehati Berdansa kat Astro. Hampeh!

                                          Aku tak penah tengok. serius!

Tengah aku berangan sorang-sorang sebab boring ya rabbi duk umah. Aku dapat call yang buatkan aku sangat hapy. Membe aku dari kl datang ramai-ramai nak lepak kat Melaka. Sapa tak hapi beb!

"Umah kau macam mana nak pergi" Tanya member aku.

"Kau masuk Tol Simpang Ampat pastu kau amik kiri kau straight je sampai kau jumpa signboard ke Alor Gajah. Nanti kau kol aku bila dah sampai Alor Gajah" Jawab aku excited hampir nak terlompat.

"Oh. Amik Exit Alor Gajah ke"

"Haa yelah!" sahut aku ngan nada pelik.

"Kalau dari Lubok Cina macam mana?" Selambe dia jawab.

Hampeh dia ni. Penat aku explain panjang lebar rupe-rupenya dari Lubok Cina.

"Apsal kau dari Lubok Cina lak?" Aku tanya ngan nada tak puas hati.

"Aku masuk tol kat Exit Pedas la. Aku tak tau pon Tol Simpang Ampat Boleh pegi umah kau." Sumpah aku cakap jawapan dia yang ni buat aku sakit hati. Ni baru sikit! ada lagi.

"Laa yang kau masuk Tol Pedas buat ape. Pastu tadi tak reti pulak nak kol aku awal-awal. Skang reti lak kol?"

"Sori la. Aku dah biasa masuk Tol Pedas. Yela umah nenek aku kan kat sana." Jawab dia dengan tone suara agak manja. Nak amik ati aku la tuh! Fak!

"Senang macam ni la. Kau pegi Alor Gajah ikot signboard. Lubok Cina ngan Alor Gajah tak jauh. Dah sampai kang kol aku balik."

Teros aku ke dapur minum air banyak-banyak ngan harapan aku tak naik angin.

Laa lupa lak aku nak tanya sapa lagi yang ikot dia datang umah aku. Takpe lah nanti- nanti la aku tanya. Tak penting pon. Lagi ramai lagi bagus. Takde lah aku bosan sangat.

"Aku rasa aku dah sampai Alor Gajah. So macam mana?" Tanya member aku

"Kau Alor Gajah kat area mana?"

"Ntah" ringkas jawapan dia.

"Skang kau pegi ke arah tampin lak." Aku cuba lupakan jawapan dia tadi.

"Tampin tu ape?" Argghh! Bengang lak aku cakap ngan dia ni.

"Haa senang macam ni lah. Kau cari Air Panas Gadek. Umah aku betul-betul kat Air Panas Gadek" Jawab aku separuh sabar. Dah sampai tepon balik. Aku amik kau." Ngan pantas aku tekan button warna merah kat handset aku.

Tak sampai 3minit dia kol aku balik.

                                        Fehmes kat tempat aku. Best woo!

"Weh, Aku betol-betol dekat depan signboard Air Panas Gadek. Amik la aku."

Wadafak! Aku suruh dia cari signboard Air Panas Gadek ke pegi Air Panas Gadek? Lagipon berapa banyak la signboard Air Panas Gadek kat sini. Macam mana aku nak cari dia. Sengal!

Aku dah ilang sabar. Teros aku sound dia. Last-last sampai gak budak ni kat umah aku. Aku ingat dia sorang je datang. Sekali macam satu rombongan budak 'U' pulak dia bawak. Abis penuh keta avanza dia. Takpe lah. Yang penting korang dah sampai. Walaupon aku bengang bagi direction kat dorang, aku tetap terharu sebab dorang sanggup datang lepak ngan aku. You all are the best! Friends for eva. *wtf! quote ni dah macam gay pulak.

??!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang berbahagia Tuan pengerusi majlis. Yang berusaha Tuan guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. OK STOP! Awal-awal dah start merepek. Ni tandanya aku dah mengalami sakit yang amat kronik disebabkan tahap kebosanan yang melampau.

Thats all my story. Thank you.

KL and Melaka

Dah lama rasanya aku stay kat kl. Lebih 3 tahun aku kat kl dah macam-macam jadi kat aku. Standat la ape yang jadi ada yang buruk and ada yang baik. kl la yang mengajar aku erti kehidupan sebenar. Susah senang suka duka suma aku lalui kat kl. Kehidupan aku kat kl ni membuatkan aku menjadi matang walaupon terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan dan dugaan yang aku hadapi.....

Pastu bila aku baca intro aku balik tiba-tiba aku terasa geli. HAHA!

Actually post ni aku just nak bagi tau kat lu orang yang aku dah tak duduk kl. Skang aku nak stay kat negeri Melaka Maju 2010 ni. Aku dengar member-member aku cakap Melaka skang dah jadi bandar metropolitan. Ala-ala New York gitu. Tang mana yang New York pon aku tak tahu. nanti aku discover balik. hak hak!

                       Ni lah Negeri Melaka kalau korang nak tau. True Story!

Tapi serius aku rasa sayang nak tinggalkan kl. kl beb, Kay Ell! Macam-macam adaa. Sape tak suka duk kat kl. Ujung minggu paling happening. Siang memang tido jela kerja. Lagi-lagi kalau hujan memang tak bangun laa. Sangat rugi la bro ujung minggu pon nak tido je. Time macam ni la melepak best. Bila malam toksah cakap la. Memang happening!

Kalau time baru-baru nak kenal kl, memang wajib lepak kat Pavilion. Pastu ramai-ramai duk berdiri depan pintu masuk Pavi dengan dress up macam nak masuk fashion show. Sape-sape yang nak cari jodoh masa ni lah sesuai. Awek hot-hot suma turun padang. Muka pecah ke muka longkang ke teros jadi hot bila lepak situ. Tapi dress up kene 'Up' la. Kalau tak sleeveless ngan short memang tak sah. Kalau boleh short tu mesti nak pendek habis. Orang kata lagi pendek lagi hott! Yang lelaki pulak berebut nak jadi hero gadis-gadis. Nampak awek lalu depan mata terus jalan mendada. Baru jantan beb! Kalau hari tu nasib baik dapat la sorang. Kalau tak dapat jangan putus asa takde rezeki la tu. Try next week. Hak hak!



             Tempat aku nak buang duit. Rasa tak selesa kalau Aku tak beli belah kat sini


Bila dah abis tawaf satu Pavi sampai rasa orang lain pon dah meluat tengok bebudak ni, yelah mana tak nya round Pavi macam nak shopping sakan tapi satu barang pon tak beli. So time tu lah kene migrasi pegi Bukit Bintang a.k.a BB. Sori la ye, bukan tak nak shopping kat Pavi tapi kalau dah duit pon cukup-cukup nak buat tambang balik ngan Teh o Ais pejadahnya nak shopping kan? BB ni best skit sebab ada banyak gerai makan low budget. Low tak low sangat la der kalau dah coke setin pon dah sama harga macam kau makan nasi lauk ayam 2 ketul ngan sayor. Tapi sekali sekala pedehal kan? Ahaha. Kalau lepak BB sampai malam syok sikit sebab banyak free show. Jangan pikir lain lak. Maksud aku free show ada live band perform kat situ. *ke aku sorang je yang pikir lain? What everrr!

Kekadang bila ujung minggu ni BB selalunya ada buat event kecik-kecik. Time ni ada la bebudak berebut nak tunjuk bakat masing-masing. shuffle la, main alat muzik la, timbang bola and macam-macam lagi la. Bakat aku? Bakat aku kalau aku cite kang korang mesti cakap aku kencing. So baik aku tak payah cita. Ahaks!


Tu la dia zaman time aku baru datang kl. Orang kata time baru-baru nak up. Nanti aku cita lak time aku dah up. Pergh! Up! haha. Ok lah aku nak chow. Kang banyak lak aku mencarot.


P/s : Bye bye kl! minggu depan aku datang lagi. haha