Baik punya cover.

Lokasi : Rumah sewa.
Waktu : Hujung pagi nak masuk tengahari

Hari ni budak rumah aku ramai takde. Awal-awal pagi lagi bebudak rumah aku dah keluar mencari nafkah batin. Aku je terlajak sampai tengahari. Bukan bermakna aku malas ok. Cuma keletihan sikit.

Masa tu aku tido dalam bilik kawan aku joe *bukan nama sebenar*. Bila tersedar je aku dari lamunan mimpi yang ala-ala indah, aku teros ke bilik aku. Aku ternampak atas katil aku ada suatu benda yang sangat merbahaya. Itulah rokok. Aku buat-buat tak amik port pasal rokok tu sebab aku tau tu just kotak kosong. Aku teros capai towel nak mandi.


Aku mimpi dia. True story!


FYI, bagi sapa yang menghisap rokok, kadang kala rokok ni macam barang panas. Tak boleh nak tayang-tayang. Kene sentiasa simpan atau sorok. Yelah mana tak nya kalau tak sorok, esok pagi bangun tido sedar-sedar rokok tu dah abis. Disebabkan pihak-pihak tak bertanggung-jawab ni lah tercetusnya kes pergaduhan antara housemate lah, kes pukul housemate lah, kes memulau housemate lah, kes buang bayi lah. Haa, last skali tu aku tipu.


                                                    *************


Sedang aku menghensemkan diri aku yang sememangnye dah hensem, Aku terlihat kelibat sorang housemate aku yang baru bangun tido. Ikram *bukan nama sebenar* ngan muka toya ada sikit-sikit mamai sambil tangan menggaru benda tak sepatutnya, keluar dari bilik tido. Aku still tak amik port dan masih teroskan kerja-kerja menghensemkan diri aku.

Pabila aku rasakan gadis-gadis boleh cair bila pertama kali pandang aku, teros aku ke bilik joe semula untuk sambung tidor. Bilik dia ni sedap sikit nak tidor sebab gelap pastu kipas pon laju. HAHA

Baru je aku nak terlelap, Aku teringat aku tertinggal handphone dalam bilik. Aku bergegas nak amik handphone aku walaupon aku tau takde sapa nak message aku. Langkah aku tehenti sekejap. Aku menjadi kaku dan tak berkata-kata. Apa yang berlaku?

Dari luar pintu bilik aku terlihat seorang lembaga, Aku amat mengenali lembaga itu, itulah ikram! Apa dia buat dalam bilik aku? Aku still perhatikan dia. Wahh! dah macam Detektif Lim Gerak Khas la pulak aku rasa diri aku ni. Aku lihat gerak geri dia macam mencari sesuatu dalam bilik aku.  Aku diam.

Ikram mengambil sekotak rokok berjenama Winston atas katil aku. Dia cuba menggoncangkan kotak tu mana la tau ada isi lagi ke. Aku memang dah lama tau kotak tu kotak kosong. Tapi saja nak tengok gelagat Ikram.

Rokok fahmes kat umah aku


Aku nampak ikram macam tak puas hati. Selepas digoncangkan kotak tu di buka pula kotak tu untuk mendapat lebih kepastian. Memang kotak tu kosong. Ikram hampa. Dicampakkan semula kotak tu atas katil. Semasa dia mahu keluar dari bilik aku, dia terkejut melihat aku berada di muka pintu.

Teros dia menanyakan satu soalan kat aku.

"Penyapu mana? Ada penyapu tak?"

Kau punya cover memang A! HAHA

2 comments:

as.3dphoto said...

hahahaha ikram

retop hataf said...

bukan nama sebenar la. haha

Post a Comment