Pancutan Hebat

Aku terjumpa benda ni kat dalam blog member aku. Nak pegi blog dia tekan sini.


Memang awesome orang jepon ni. Sebab tu aku kagum ngan dorang. Nice.

Blogging?

Rindu aku kat blog ni. Lama dah rasa nya tak post something. La ni tetiba rasa macam nak update menda tapi tu lah tak tau nak update ape. Takpe aku try gak tulih something.


Skang aku dah benti keja. Selamat tinggal Synergistic Generation aku dah tak keja ngan ang laie. Btw aku nak ucapkan thanks kat sape-sape yang terasa depa keja kat situ sebab dok ajaq aku menda bukan-bukan. Duk ajaq aku buat keja sampai la duk ajaq aku cara pikat awek la jaga bini la suma depa duk ajaq. 


Skang aku dah belajar balik. Aku belajaq kat Uniten. Ampa tau dak uniten tu kat mana? Takkan tak tau kot. Kat bangi la. Actually aku pon tak tau sebenaqnya nak habaq uniten tu kat mana. Sat orang kata kat bangi sat tengok alamat depa tulih Campus Putrajaya Uniten. Tapi aku rasa macam kat Serdang pon ada gak. Ontah lah den pon tak tau kek mano nak gitau. Yang den tau lokasi dia cukup lah. Gitau detail pon bukan ekau nak datang molawat den.
*totibo masuk loghat nogori. lantak ekau la nak koba apo ni belog den. 


Den sobonar ea memang ado niat nak aktif balik blogging bilo nak masuk blaja balik. Yo la dah lamo den tak ngepdate, dio punyo rindu lak ai cam nak cium jo Miranda Kerr.*tak pasal.  Ekau konal tak Miranda kerr? Bini tak jadi den?

Ni la Miranda Kerr. Terbaik dari Ladang


*back to normal accent


1st day aku masuk belajar dia punya orientasi mak ai. Tu je bole aku cakap. Korang suma penah orientasi kan, so sama je mana-mana pon. Next time aku cita pasal orientasi depa. Tapi dalam pale otak duk pikir nak start blogging balik. So aku pon try la pakai tenet kolej aku ni. Mak ai. dia punya laju jangan cakap la. unifi pon kalah. Huh! Nak bukak google pon aku sempat masak air la. Ok aku exaggerate. My mistake. :(


Tapi memang slow la tenet dia. Takpe aku paham. Biasa la tu kita duk kongsi ramai-ramai kan server dia sebab tu la slow. So baru la ni aku dapat ngepdate tu pon selepas aku bertafakur selama 8jam semata-mata taknak diri aku dirasuk setan dengan mencampakkan laptop aku dari tingkat 4 kebawah atas alasan tenet slow. 

Acah-acah lawa kan? padahal ni gambar after photoshop


Gambar Pecah skit


Uniten? kenapa uniten? aku pon tak tau kenapa aku pilih uniten. maybe sebab dia.....ermmm sebab diaaa ermmmm......sebab diaa ermmmm...... Next question please. tak leh nak jawab. 


Sebenarnya aku tak apply mana-mana pon. Aku just apply Uniten je so bila dah dapat aku terus accept tanpa pikir panjang. Dah masuk baru lah aku dapat rasakan sedikit erti penyesalan. Tapi takpa akan aku harungi kehidupan sebagai student as my challange. Chewah. 


Tapi suma tu sekejap ja. Sebab la ni aku rasa seronok lak belajar kat uniten ni. Sebulan aku duk sini baru aku rasakan uniten ni banyak awek hot-hot. Serius tak tipu. *sambil angkat tangan kanan* Kalau korang tak caya meh datang sini kita tengok. Yang acah-acah hot pon banyak gak. Lagi banyak dari yg hot-hot. Eh! kang tetiba cik adik aku duk baca mampuih aku kene pelangkung ngan depa. Takpa cik adik jgn risau my heart always for you cik adik. Chewahh lagi sekali! haha. 

Yang ni bukan acah-acah hot. take note!


Tapi ada satu ja aku tak pueh ati kek uniten ni. malam kalau nak makan kemain jauh lagi. Kalau takda transpot memang kebuluq la jawap dia. Takkan ari-ari nak bedal nasi lemak koop lak. berlemak lak badan aku. Badan berlemak aku tak kesah lagi. Kang tetiba perangai aku lak naik lemak tak pasal bapak aku bebulu ngan aku nanti. 


Tahap kesusahan belajar? omputih kata difficulty of study? Bagi aku sama ja kalau nak banding ngan mana-mana U. Hang pi kelaih, hang buat homework, hang study awai, hang bole la dapat dean. Kalau takat sok nak exam malam tu baru hang bukak buku hang pi mana-mana belajaq kalau lagu tu cara hang buat memang ang failed gak. 


Aku ni dah bebel cam mak nenek tak tentu pasal ni aku rasa dah pelan-pelan aku tekan button publish. Idea nak menaip pon dah abih rasanya. Elak aku menaip tah pape je nanti. Yess! 1st entry after 8 month den sonyap.


Btw, meh la follow twitter den. @fatahpoter nak promote skit. hehe. 


Eksiden

Aku terjumpa video ni dalam youtube. Agak menakutkan gak la. tengok la sendiri.



teringat pasal kakak aku. nasib baik tak jadi macam ni.

Kakak ku ngan Petronas.

Firstly aku nak mintak maaf ngan kakak aku. Tapi bagi aku peristiwa ni memang agak geli hati. Kisahnya begini....*sambil mata pandang atas..

Kakak aku ni baru dapat lesen keta. Normal la kalau dah ada lesen keta ni mesti la nak bawak keta kan. takkan lah nak bawak kapal terbang pulak.

So kakak aku ni mulakan politiknya nak bawak keta dengan memujuk mem besar (mak aku) sendiri. Lepas berusahah memujuk akhirnya politik kakak aku ni mula menjadi tapi dengan syarat. Syaratnya mak aku kene ada kat sebelah.

Di pendekkan cerita, kakak aku ni dapat la bawak keta. Tapi sebelum kakak aku perabihkan minyak keta, mak aku pon soh la isi dulu.  Sesampai kat petronas, after bayar membayar, tuang-menuang, isi-mengisi suma selesai. kakak aku teros la start enjin nak blah.

Time ni aku agak pelik. Kakak aku dah masuk gear, dah turun hand break and dah tekan minyak sampai meraung-raung enjin keta, keta still tak gerak kedepan. Yang magic nye masuk gear satu tapi keta undur ke belakang.

Bila enjin keta dah meraung-raung macam nak meletop je bunyinye tapi keta tetap ke belakang menyebabkan berlakunya banyak spekulasi yang kitaorang pikirkan. Mak aku pon heran mengapa kejadian begini boleh berlaku. Nak kata keta rosak tak mungkin sebab keta baru lepas servis. Enjin turbo yang mak aku pakai ni rosak? Mustahil.

Akhirnya segala spekulasi terjawab bila mak aku mendapat tahu ape problemnya keta tu asik undur. Rupa-rupenye kakak aku duk tekan minyak tapi tak lepaskan clutch kaki. adehh.

Tapi lebih menyayat hati bila seorang pekerja kat situ bersuara.

"Saya ingat anak makcik nak langgar Petronas. Puas saya mengucap banyak kali."

                                                        ******************

Aku ingatkan lepas kejadian tu kakak aku memang takkan bawak keta manual. Sekali ada lagi satu peristiwa.

Kakak aku kemain lagi soh aku balik Melaka cepat. Aku pon heran. Ingat KL Melaka tu dekat ke hape. Nasib baik lah aku memang otw nak balik Melaka.Tapi gaya kakak aku ni macam ada masalah besar sangat! So aku sebagai seorang adik yang bertanggung jawab berdesup la bawak motor. Time-time camni celah lori pon aku selambe cilok.

Sesampai aku kat rumah aku teros tanya kakak aku kenapa soh aku balik cepat Ape prob yang melanda dirinya? Kambing yang kita bela kene curi ke hape?

"Sebenarnya aku stuck kat traffic light. Keta takmo jalan." Jawab kakak aku.

"Keta rosak ke?" tanya aku buat-buat caring.

Soalan aku tu membuatkan kakak aku diam membisu. senyap gumpita aku pon tak paham kenapa. Kenapa dia takmo jawab soalan aku tu? Soalan aku tu susah ke nak jawab? Aku tanya soalan standat SPM ke hape sampai kakak aku takmo jawab?

Tiba-tiba ada suara sumbang merdu menyampuk.

"kakak kau tu mana reti bawak keta manual. Tu yang keta tu tak bole jalan kat traffic light" kata nenek aku.

........

Tak nak kalah!

Manusia. Bagi aku standat lah kalau ada yang melakukan kesilapan. Dah memang kita ni manusia insan yang lemah. Banyak melakukan kesilapan. Kita bukan Nabi atau Rasul yang maksum. Kann!

Lek laa. Aku baru je tulis intro macam ni korang dah nak lari, dah takut-takut. Siap dah bukak baju sebab panas la tu. *Gaya macam ramai je baca blog aku. huu

Sebelum tu meh sini aku nak terangkan kat korang. Ni untuk sapa-sapa yang tak tau la. Yang dah tau korang buat-buat la tak tau. Korang tau tak ape tu fairing? Fairing for bike? Meh aku tunjuk dalam gambar. Lagi senang korang nak paham.

Ni lah dinamakan fairing yang tutup lampu sama meter moto.

Atau nak lebih detail lagi fairing tu kira macam cover lampu, meter ntok motor la. Kalau korang ni jenis yang lembab jugak still tak paham atau korang ni buat-buat tak paham korang google la sendiri. Google korang tau tak ape menda tu? Kalau tak tau jugak better korang tak payah ada internet. keh keh keh!

Nak dijadikan cita aku dan kawan-kawan aku baru abis main futsal. Biasa la kalau dah lepas men futsal tu mesti la melepak duk sejukkan badan. Tengah berpeluh-peluh pastu macam-macam bau ada. korang penah bersukan kan. so korang mesti la tau.

Nak dijadikan cerita, time tengah duk melepak kat tepi court tu, member aku boleh tanya sapa yang bawak motor FZ 150i tu, So tuan dia pon angkat la tangan dengan muka yang agak-agak bangga dengan motor beliau. Penuh belagak nya dia pon berkata,

"kenapa? Kau nak test ke? berapa kilo?"

"Takde la nak test. Nak tanya je. Brape kau angkat moto ni?"

"Aku angkat satu je." Jawab tuan punya FZ

"Aku tanya brape ribu kau beli."

"aku pon tak tau brape sebab ni motor abang aku." Jawab tuan punya FZ sambil sengih macam muka mintak di sepak secara berjemaah.

Macam ni lah rupenye motor FZ 150i yang digembar gembur kan tu

Time dorang duk borak-borak pasal motor ni aku malas nak amik port sangat. Sebab aku tak berapa minat motor ni. And aku tak banyak knowledge pasal motor. So aku ambil langkah simple just diam and dengar ape yang dorang bualkan.

Dah dorang duk bual-bual pasal motor, Tiba-tiba salah sorang member aku duk tanya kat tuan punya FZ 150i ni.

"Kau taknak pakai fairing ke?"

Jawab tuan punya FZ 150i dengan penuh keyakinan sambil letak tangan kat dada tanda-tanda awal nak riak

"Buat ape pakai fairing, Aku pakai automatik je."


                                                          **************

Keadaan tiba-tiba sunyi macam ada malaikat lalu, hingga aku yang start gelak dulu. Aku tak paham la kalau dia ni buat lawak bodo atau memang betol-betol tak tau.

p/s : Kalau tak tau cakap je tak tau. Kan dah tak kene bahan. HAHA

malas belajar.

aku rasa kebanyakan orang dah nengok video ni kat sama ada kat youtube tak pon kat page facebook aku. Bagi aku video ni awesome sebab waktu aku kecik2 dulu aku gian main game pokemon. Btw thanks to Goblog sebab tunjuk aku video ni.


Harimau Malaya

Orang dok publish pasal friendly Malaysia ngan Hong Kong aku pon nak publish jugak. Ntah tibe2 je aku rasa nak publish. Suka aku la blog aku. haha.

Takde pape pon aku nak cita. Aku just nak bagi tau yang aku pegi tengok kat stadium tadi. Almaklum la dapat tiket free. Kalau tak harapan la aku nak pegi. hak3!

Aku lagi suka jersi ni. semart! aku dah angkat selai. korang bila lagi?

Overall aku agak seronok tengok Malaysia lawan. Semart gak la dorang main. aku suka. Cara dorang attack suma aku cakap style and macam biasa dorang ni cepat pancit. Tapi tetap best. Gol pon smart! Aku suka. Tak sia-sia aku pegi. hik2!

Aku mula respek Rajagopal. Taktikal dia agak best gak la. Walaupon secara awalnya jujur aku cakap aku bukan dulu tak respek dia. Pas aku nengok game tadi aku solute dia. Tak tau kenapa. Kau pikir la sendiri.

Cukup la aku komen pasal bola. Skang ni aku nak komen pasal penyokong. Baru aku sedar skang kenapa bola Malaysia lambat maju. Sebab Malaysia kurang penyokong. korang tak datang support! *Padahal aku pon nasib2 je pegi sebab dapat tiket free. hakhak! 

Aku pon tak tau ape nak melalut lagi. Sebelum aku tutup entry aku ni aku nak cakap sikit je. Sebelum ni aku ada baca Kosmo pasal player Malaysia duk kat Australia and main league kat sana. Cuba try panggil dia and bagi dia main tengok camne. And aku ada dengar gak ada dua orang player bola still lagi kecik2 molek2 salah sorang nye aku tau korang penah dengar nama dia. Wan Kuzain Wan Kamal a.k.a Messi Malayu* betol ke aku ejan nama dia ni? sori la kalau silap. malas nak check! haha* and sorang lagi umor still 16 tahun tapi dah jadi player pro kat J-league Japan.

Wan Kuzain Wan Kamal. Style budak ni. sapa-sapa yang tak kenal boleh search dia dalam youtube!

Yang budak 16 tahun ni aku tak kenal sapa tapi member aku ada cita kat aku. So kalau dia ngakal aku maksud dia aku pon ngakal korang la. Jangan mara. :)

ni la budak tu. Umor dia kecik lagi tapi dah hebat. korang nak tau lebih pasal dia korang search la.

And aku nak komen pasal FAM yang dari dulu aku tak puas hati. Jangan politikkan bola sepak. Tolong lah! susah nak maju kalau FAM di politikkan. Kalau tengok negara luar mana ada Kerajaan campur tangan dalam urusan pentadbiran bola sepak dorang.

Cukup la. Aku kalau cita pasal bola ni memang tak akan habis. Banyak lagi aku nak cita. So disebabkan aku dah bekerjaya skang ni aku terpaksa tuka timing tidor aku. dah tak bole tidor lambat macam dulu. hakhak!

Korang mesti kenal kan.

P/s : Tahniah Malaysia sebab korang menang. and aku tabik kat Safee Sali. Dia jaga hati peminat walaupon tak score. cayalah!

Suke tak? suke tak?

Aku tak tau korang suke ke tak interface Serabai yg baru ni. Kalau sape suka, sila komen ye. Kalau tak suka pon boleh je komen. Nati aku tukar yg lain pulak.

Terima kasih kepada blogger GoBlog! yg tolong aku tukarkn wajah blog Serabai ni. Jom ramai2 follow blog dia.
Blog dia best kot. Ahaks

No Title.

Tanggal 28 strok 1 strok 11 adalah hari aku menginterviewkan diri aku. Eh! aku di interview. Takde kejadian pelik berlaku time tu. So entry ni takde pape yang best pon. Just nak bagi tau aku baru lepas interview.

Aku mengharap masa lapang aku pasni diisi ngan kerja yang pekdah skit. Den dah ponek dah nak nganggur. Yela, Dah lama duk umah. kematu ketuat suma ada. Panau kurap kayap suma pon aku tak kene. yang tu kat jiran sebelah umah punya kucing yang kene. Gila kau, kotoq kot. haha. 

Sejak aku duk umah ni, masa-masa aku habis sia-sia. Gila kau kalau dah tiap-tiap dok bangun tido pukul 12 pastu keluar follow bapak aku pegi masjid. *TRUE STORY* Balik masjid aku kene masak. Kalau aku tengah malas bapak aku yang masak. camtu lah gilir-gilir selama 2 bulan ni. Lepas siap makan dekat pukul 4 aku duk on9 je manjang. Masuk Asar follow bapak aku g masjid lagi. *TRUE STORY JUGAK* Pas asar aku buat-buat rajin menebas kemas laman umah. Padahal tak ikhlas pon kene paksa ngan bapak aku. hak hak! Tapi kebiasaanya aku lari pegi men bola ngan budak-budak. 

Masuk je maghrib aku pas semayang aku on9 sat. Pastu follow bapak aku lagi pegi masjid. *TRUE STORY JUGAK. TOLONG LAH PERCAYA* Balik masjid time ni la aku ligat skit.

Biasanya kol 9 aku on9 je la. Kalau dapat kol member time tu la baru la aku nak melepak. kalau tak memang duk umah je la aku tiap2 hari. Hari-hari macam ni cukup bulan aku dah boleh masuk imam muda weh. Tapi tu la. Kalau duk umah je memang aku baik. Tapi makin lama duit makin surut. tang ni aku dah start lemah.

Balik umah dah pukul 1 camtu bantai on9 sampai subuh. teros solat. Pas solat baru tido. Yang ni kadang-kadang aku kantoi. hak hak! 

Sebab tu la aku nak kerja. Nasib baik abang aku ada rekemen company ni kat aku. Dia soh aku try apply. 

So aku memang mengharap sangat la dapat kerja ni. Dapat gak aku kembangkan otak aku yang makin lama makin kecut. 

So aku harap la korang doa-doakan aku dapat kerja ni. Kalau dapat cukup bulan aku buat kenduri kat umah aku. Jemput lah datang umah aku. Aku nak buat kambing golek time kenduri tu nanti pastu buat nasi mandi Arab skali. Sedap kot Nasi mandi aku makan kat Saba Restaurant dekat Cyberjaya. Tu pon kalau aku dapat kerja. 

So aku pon dah malas nak taip panjang-panjang. sebab aku dah la tak cukup tido. Mengantuk kot. Punya lah excited nak interview malam tu aku tido pukul 4. Pastu pukul 6 aku dah bangun. Gila ar! ni bukan aku ni. Aku mana penah bangun awal! haha


Ni la antara menu kat Restoren Saba. Try la. Tak nyesal punya

Cukup lah 3 kali aku starting perenggan ngan perkataan 'so'. Mesti korang scroll kat atas balik nak tengok ye ke tak aku starting perenggan ngan perkataan 'so'. tau dah! HAHA. *pinjam trick kau ye Mahirah. cambest pulak*

Lastly aku harap korang doa-doakan lah aku dapat kerja ni. Aminn. Dapat lah aku isi masa lapang aku sementara tunggu intake sambung blaja. Yes aku nak sambung blaja. 

'Blaja je lebih tapi tak pandai-pandai. Bengap gak sampai skang. '

Aah. sebab tu la aku nak sambung blaja sebab aku bengap. kalau aku pandai buat ape aku nak blaja ye tak! Cukup la aku merapu. Mata pon dah merewang tah kemana. dah duk bayang Maria ogawa dah. ishh! 

p/s : Mazda rx7 aku ngah repair. So skang aku ngah tempang. kalau nak ajak aku lepak kasi pickup aku la. Btw pastikan korang ajak aku lepak korang berduit tau! aku ngah kering. haha. 

Dugaan

Aku menjadi bertambah kusut pabila tengah musim kemarau ni masalah datang tak henti-henti. Dah bermacam dugaan aku hadap. Penuh kesabaran, penuh tawaduk aku selesaikan satu-satu still bala menimpa aku.

Mungkin ini hanyalah dugaan Allah untuk melihat hamba-hambanya supaya menjadi lebih bersabar. Memang aku bersabar. Memang!

Aku manusia biasa. Aku bukan maksum. Aku hanyalah manusia biasa yang penuh dengan kehinaan. Apakan daya. Aku hanya boleh berdoa agar Engkau berikan aku keberkatan. Kurangkan bala yang aku hadapi. Berikan aku ketenangan dan kesabaran.

Setiap kebahagiaan datang daripada kesusahan. Setiap kesenangan datang daripada kepayahan.

So sebagai penutup aku anggap segala yang terjadi kat aku ni hanyalah dugaan.

Wahai keretaku! Kau menjadikan aku tempang selepas engkau sakit. Mungkin satu hari nanti kau akan bertukar menjadi Mini Cooper. Mungkin. Aku hanyalah bersabar. Aku redha. Aminn. Cepat sembuh keretaku.

Saman oh saman!

Hari dah lewat. Beberapa minit lagi matahari akan muncul menandakan hari baru akan menjelang. Aku pulak baru bergegas mahu pulang. Sudah terlalu lama aku melepakkan diri dengan kawan-kawan aku. Cukup lah masa aku terbuang dengan sia-sia. Aku menyetartkan enjin moto yang aku pinjam dari kawan aku untuk pulang ke rumah.

Semasa perjalanan pulang, aku sempat membeli beberapa juadah. Perot ku berbunyi seakan-akan bermain lagu bunkface menandakan aku lapar. Nasi lemak makcik janda anak lawa tu tetap menjadi idaman perut ku walaupon aku tahu nasi lemak beliau tak sedap walhal mahal pula. Akan tetapi untuk melihat wajah anak makcik yang sungguh menawan kalbu itu aku sanggup.

"Suma sekali 6 hinggit."

"Hah! Bapak mahal? Takkan nasi lemak dua bungkus ayam seketul ngan karipap je pon sampai 6hinggit? Haih! Nasib anak kau lawa" bisik aku dalam hati. Tak berani aku nak cakap depan-depan.

Aku meraba poket aku dan mengeluarkan satu-satunya duit berwarna merah yang aku ada.

"Amik la ni makcik. Keep the chance" kata ku penuh macho. Sempat aku mengelip mata ke arah anak makcik yang lawa tu. Kerlipan aku berbalas. Tapi dari makcik tu sendiri bukan anak dia. Aku terkasima kejap. Speechless.

kalau nasi lemak dia macam ni berbaloi la kalau mahal.


Aku pon terus beredar. Rasa sungguh menyesal bila aku tak amik baki duit aku. Aku terasa diri aku sungguh bebal. Suma sebab anak makcik tu lawa. Tapi takpelah rezeki makcik tu dapat anak lawa.

Tanpa memikirkan keadaan sekeliling akhirnya sampai jugak aku kat rumah. Cepat-cepat aku makan sebab aku dah tak tahan nak tido.

"Pas makan ni mintak-mintak takde orang kacau aku tido. Aku nak tido sampai esok" kata-kata hatiku tanda aku dah mengantuk sangat.

Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Aku capai selimut dan lelap.

ZZZZZZzzzzzz, menandakan aku dah terlelap.

Baby baby baby ooh! like baby baby baby noo! like baby baby baby ohh! i thoughts you always be mine!

Kedengaran lagu Justin Bieber memekakkan pagi aku. Argh!! Sapa pulak pasang lagu yang aku benci pagi-pagi buta ni? Takde lagu lain ke nak pasang? Tensen aku! Aku tutup kepala aku ngan bantal bagi kurang annoying.

"Ter bangun ter, hanpon kau bunyi tu." kejut member aku sambil memberi hanpon kat aku. Sumpah lagu Justin Bieber bukan ringtone aku. Mesti bebudak ni pedajal aku. cilake!

Aku lihat ada 20 miskol dan 10 msg. Aik? awek mana lak cari aku pagi-pagi ni? Nak kata gf aku memang tak lah. Dah berabad aku single. Aku check msg satu-satu dan aku terus jadi segar. Rupa-rupanya ada awek mintak tolong amik dia kat Gombak. Actually member sebenarnya. hak hak. Kalau lelaki mintak tolong time macam ni memang sah-sah aku soh dia tunggu sampai petang. haha.

So aku pon cepat-cepat bersiap nak pegi amik member aku ni. Walaupon mengantuk aku gagahi jugak demi member. Semangat setiakawan tu kan penting. Lagi- lagi yang mintak tolong tu wanita.  ihiks!

Sesampai je aku kat Gombak aku terus amik dia. Mak ai! kemain lawa lagi engkau. Rasa macam nak ngurat pon ada. Tergugat iman aku kejap. Tapi aku tetap maintain cool. Aku meneruskan perjalanan menghantar dia ke destinasi yang dituju.

Dalam perjalanan aku terlihat 100meter depan aku ada polis buat roblock. Cepat-cepat aku memakai seatbelt. Dalam kepala otak aku dah semakin semak bila aku teringat yang lesen aku pulak mati. Adoiyai! Tapi aku still maintain cool.


"Encik. Sila ketepi ye. Mintak lesen ngan ic." Pakcik polis bermisai lentik memulakan perbualan dengan penuh mesra.

"Encik, saya dapati encik melakukan dua kesalahan ye. Tapi atas timbang rasa saya akan menyaman salah satu dari kesalahan encik." Sahut pakcik polis tu cuba bermesra ngan aku.

"Dua kesalahan? Ape dia encik? Rasa-rasa saya takde kesalahan pon yang saya buat." Aku mula menjawab.

"Kesalahan pertama, Lesen encik mati. kedua Encik tak memakai seatbelt."

Ikotkan hati nak je aku menjawab lagi tapi bila dipikirkan ada awek dok sebelah aku terpaksa aku redha. Always be cool. Elok-elok dia charge aku satu kesalahan kang teros jadi dua. Takpelah. Aku accept.
Kalau Polis Malaysia macam ni, 10 saman pon abang sanggup kene! ihiks!

Dapat je saman aku teros tengok ape kesalahan yang aku kene. Pakcik misai lentik tu charge aku tak pakai seatbelt. Oklah dari kene dua saman. Semenjak dari hari tu aku tak penah tak pakai seatbelt bila bawak keta.


                                                   ******************

Aku selalu pesan dekat member-member aku jangan lupa pakai seatbelt. Peristiwa aku kene saman sentiasa segar dalam ingatan.

Oneday nak dijadikan cerita semasa aku hendak pergi berniaga aku singgah ke pasar untuk membeli barang sikit. Memang aku tak penah tak pakai seatbelt. Peristiwa lalu membuatkan aku lebih berhati-hati dan sentiasa memakai seatbelt.

Nak dijadikan cerita selepas aku membeli barang di pasar bersama kawan-kawan aku merangkap pekerja aku, aku teros bawak keta. Aku bawak keta macam biasa cuma aku tak pakai seatbelt. Maklumlah jarak kedai aku ngan pasar tak sampai 200meter. Sangat dekat. Sebabkan dekat sangat la aku tak pakai seatbelt.

Yang aku jadi geram sangat ntah macammana ada polis buat roblok betol-betol depan kedai aku. Aku tak sempat buat pape. Nak pakai seatbelt pon tak sempat. Lagi sekali aku kene saman tak pakai seatbelt. Aku hanya boleh redha.
Gambar sekadar hiasan
Skang aku ada dua saman tak pakai seatbelt. Memang aku rasa diri aku tersangat malang. Member aku siap cakap lagi kat aku bila aku sentiasa pakai seatbelt tak penah pulak ada roblok. Masa aku terlupa nak pakai kejap je dah boleh kene. Nasib nasib. Sejak dari haritu setiap kali aku naik kereta walaupon sekejap aku akan pakai seatbelt. Tak sanggup aku kene saman buat kali ketiga. Huhuh.

P/s : Pakailah seatbelt kalau korang taknak kene saman. Aku serik dah.

Dua-dua tak boleh pakai.

Form 4. Aku baru nak berjinak-jinak dalam industri muzik underground. Maksud aku baru nak melayan lagu-lagu underground. Time ni aku still lagi berada dalam zaman pramatang or ngan kata senang nak pahamnya baru nak up.

Baru form 4 nak layan?

Aku dah lama layan la bro. *ayat taknak kalah* Cuma time ni baru ada kebebasan parent aku bagi pergi gig bagai suma. Sumpah dulu aku hantu gila menda alah ni suma. Punk? Skin head? Black Metal? Hip hop? Grunge? Hard core? ape lagi? Bohong la kalau sape-sape yang hidup sezaman ngan aku tak penah dengar menda alah ni suma. Kat skolah heboh budak-budak dok bergadoh pasal budak punk dengan budak hiphop la bagai suma. Padahal point bodo je nak bergado. Point paling bodo yang aku penah dengar budak-budak punk ni bergado ngan budak hip hop sebab muka salah sorang budak hip hop ni macam nak mintak penyepak. Zaman skolah. biasa lah.

Ok full stop!

Aku bukan nak cita pasal knowledge ni suma. Aku just nak cita pengalaman pahit aku. Kadang-kadang pikir balik rasa macam bodo pon ada. Tapi tu la pengalaman paling beharga aku rasa la penah aku dapat. Waktu tu aku ngah addicted pegi gig suma. Kebetulan pulak time tu ada Rock The World. Tak silap time aku pergi tu Rock The world 6. Buat kat Stadium Merdeka. So aku ngan kawan aku pon planning la nak pegi kl. Time ni kemain semangat masing-masing cari duit nak pergi kl. Maklum la orang Melaka tak penah tengok dunia kl lagi.

Aku datang semata-mata nak tengok The Times perform. Dorang terbaik!

Ni la Rock The World yang digembar gemburkan tu



So bila agak-agak simpanan dah mencukupi aku pon gerak la ngan member-member aku suma pergi kl. Ada la dalam 6 orang camtu kot. Salah sorang member aku yang pergi ni adalah kawan rapat yang aku kenal daripada kecik. Bacang namanya. So everthing mana-mana aku pergi memang aku ngan dia je la.

Sampai kl aku terus mencari rumah ntok tido. Mujurlah salah sorang member aku ada kenalan kat kl. boleh la aku menumpang tido ngan budak-budak ni. Malam tu tido awal. sebab nak bangun pagi. Yela nak beratur beli tiket. Punya lah semangat. Pergi skolah takde pulak semangat macam ni. FYI, sapa-sapa yang pergi Rock The world orang yang terawal datang boleh dapat T-shirt Rock The World free. Maklum la kau dah la datang dari jauh. Atleast bawak la souviner skit bole menganjing kat member-member yang tak pegi. Budak-budak biasalah.

Then next day.

Aku tetap bangun lambat walaupon dah tido awal. Bangun-bangun terus kelam kabut bersiap takut baju abis. Last-last kiteorang sampai sana dekat pukul 1 tghhari. Orang dah ramai gila beratur. Time ni mula lah nak salahkan member-member yang lambat bersiap. Sampai sanggup nak putus sahabat kalau tak dapat baju RTW(Rock The World).

Syukur lah takde yang putus kawan time tu sebab masing-masing dapat baju. Dah dapat baju tak silap aku time tu dalam pukul 2 macam tu la. So kiteorang decide nak pergi timesquare. Yela nak tunggu konsert start lambat lagi. Pukul 5 baru start. Time ni sumpah aku bebal gila. Timesquare pon aku tak tau pemenda. Keje aku ngekor la bebudak ni.

Dah pukul 5 kiteorang pon pegi la konsert tu. Memang happenning. Time tu band-band suma otai. OAG, Gerhana ska Cinta, The Times, Seven Collar T-shirt, Plug of Happinnes, Pop Shuvit, Lo, ACAB banyak lagi la. Suma best-best. Aku tak tau la korang kenal ke tak band-band ni suma. Time ni mana ada Hujan Bunkface. Dorang tak up lagi.

Time ni dah start banyak benda-benda bodoh jadi. Korang dah enjoy gila babi mana nak pikir jaga barang ye tak. Masing-masing pikir nak enjoy. Bila dah penat melompat terkinja-kinja cam bangang, bila haus dok beli air. Lapar beli makanan. Sampai sedar-sedar duit pon dah tinggal sikit. Pastu kene pulak baju RTW aku hilang. Ah sudah. Aku mula semak. Tapi macam biasa aku still buat-buat cool. haha

Kalau korang hebat cari aku kat mana.


Sebelum tu aku nak bagi tau yang time ni aku bawak duit dalam RM150 kot. Tak silap aku la. So bila dah beli macam-macam tak sedar pulak duit tinggal sikit. Puncanya starting bila baju RTW aku hilang. aku decide nak beli baru je. Baju tu aset kot. Kalau time dulu kalau sapa-sapa pakai baju tu kat skolah kompem bangga beb. So aku nak taknak kene la beli baju RTW lagi selai. Lepas aku dah bayar duit baju baru aku perasan duit aku tinggal RM20. Tapi aku still buat bodo je. Dah time tu pon aku ngah bodo. haha

Abis konsert kitorang terus gerak makan. Time ni suma budak taknak kalah. Makan nak mewah je. Lepas bayar suma sedar-sedar duit aku tinggal RM5. Mak ai! Dari RM150 tinggal RM5? Time ni aku belum start semak lagi. Sebab aku tau selagi aku ada Bacang yakni kawan baik aku so aku tak perlu risau. Dia mesti ada save duit ntok tambang balik. Aku pinjam la duit dia nanti. Senang.

Last day kat kl.

Masa ni tengah heboh nak balik Melaka. After packing-packing barang suma kiteorang terus gerak pegi Monorail Titiwangsa. So dari monorail terus pergi kl Central then amik train turun Seremban dari Seremban pulak naik bas terus ke Melaka. Asalnya planning macam tu la. Tapi sesampai je kat monorail tu.

"Cang, kau ada duit tak?" Aku bisik kat telinga bacang.

"Laa. aku baru nak pinjam kau duit." answer bacang.

"kau bia betul cang? aku selama ni harap kat kau kot."

"Abis kau tak pikir aku. aku pulak harap kat kau. Aku datang sini bawak duit sikit je kot."

"Ah sudah. Abis tu macam mana?" soal aku.

"Dalam poket kau ada berapa?" tanya bacang,

"Tadi ada RM2.. naik bas tadi abis dah. kau?"

"Aku ada 30sen."

"So macam mana ni?"

"Budak-budak ni tak boleh pinjam ke?" tanya aku lagi.

...........

"Woi kau taknak balik ke?" tanya salah sorang member aku.

"Nak balik la ni." jawab aku.

"Wei Antu, (nama salah sorang member kitaorang) kau ada sen tak? pinjam dulu." tanya Bacang sambil buat muka comel dengan kedua belah tangan macam membuat gaya orang bermain golf. Cute habis.

"Alamak bro. gua punya sen pon cukup-cukup je ni ntok aku. sori weh."

"Bebudak lain ada tak?" sampuk aku dengan buat gaya cool. Sebab tak reti buat muka comel.

"Bebudak ni pon harap kat aku jugak. Abis tu korang macam mana?" tanya Antu buat-buat caring.

"Pepandai kiteorang la nanti." Serentak aku ngan Bacang jawab. Sweet gila.

"Ok." jawab Antu terus berlalu pergi meninggalkan kiteorang.

.................

"Kita macam mana ni ter?" tanya bacang.

"Mana aku tau" jawab aku

"Haa. Baru aku ingat. Aku ada member kat Shah Alam. Biasanya bila aku duk umah dia, time nak balik parent dia salu hulur duit. Lepas la tambang nak balik Melaka." aku cuba menjadi pandai.

"So kene gerak Shah Alam la ni?" Soal bacang.

"Kau nak gerak Shah Alam naik ape? jalan kaki? hish! Jap aku kol dia tanya kat mana, pastu soh dia pickup kita. Amacam orait tak idea aku?"

Nasib baik kredit aku banyak lagi. Tu la satu-satu kelebihan yang aku ada. Aku pon calling member aku ni tanya kat mana suma and cita masalah aku ngan bacang dari A sampai Z. Nasib dia ni ok boleh tolong. Dia cakap jumpa dia kat klcc sebab dia tengah dating kat sana.

Nak taknak aku terpakse la gerak jumpe dia kat sana. Klcc ngan monorail Titiwangsa. camne aku nak pergi Klcc? Nak taknak terpaksa la aku ngan bacang jalan kaki. Nasib baik la Klcc tu tinggi senang nak berjalan tengok kat mana. Kalau sesat pon tak risau sangat. Tapi kalau dia mintak pergi BB ke Mid valley ke camne aku nak pergi. Aku tak tau ape-ape kot kat kl.

Jalan la  dari Titiwangsa sampai ke Klcc. Aku ngan bacang ni ikot la klcc tu kat mana. Main redah je jalan sampai kiteorang pon dah tersalah jalan Boleh jumpe jalan mati. Aduh. Camne nak ke klcc ni. Terpaksa la kiteorang ikot jalan lain.


                                               *****************


"Aku haus la cang. Dah sejam kita berjalan. Klcc pon tak sampai lagi. Sumpah aku dah ponek(penat) sangat ni."

"Kau ingat kau sorang? Aku pon haus kot. haa. tu kat sana ada kedai. Beli ais kosong dah la. Aku ada 30sen. Bole la beli satu."

Nasib baik makcik tu sangat pemurah. Dia kasi kitaorang ais kosong dua kot. Sumpah time tu aku seronok gila. Mudah-mudahan makcik idop senang. Aminn. Baru kau rasa jadi orang susah. bersyukur gila babi bila dapat ais kosong. huhuh.

Kiteorang terus kan perjalanan yang dari tadi tak sampai. Last-Last aku dapat call dari member aku dia cakap jumpe dia kat Kl Central. Ah sudah. Kl central macam mana pulak nak pergi. Baru la aku teringat pasal monorail. ikot je bawah monorail tu bole la sampai kl central. Fuhh! Nasib baik.

Memang sangat letih kot. Dekat 4 jam la kitaorang duk berjalan dari Monorail Titiwangsa sampai ke Kl central. Hebat tak? Dari hujung stesen ke hujung stesen kot. Jauh tu. huhu.

Aku jalan betul-betul kat bawah train tu. Takut sesat.


Yang agak sengal nye kiteorang memang ikot bawah monorail tu buta-buta. Sampaikan Bukit Bintang ngan Time Square yang ada shortcut pon ikot bawah monorail. Gila.

Sampai Kl sentral dah tak pikir ape lagi. Teros masuk toilet cari air. Haus beb. Saat darurat macam ni takpe kalau minum air paip. Bacang la yang minum. aku tak. Ish geli je minum air paip kat dalam toilet. Ngan bau macam hape ntah.

Aku dah cukup lega bila sampai kl sentral. Time ni aku dok menunggu member aku datang pickup la ape lagi. Dia ni duk dating kemain lama. tapi ok la bole aku rehat-rehat kan kaki ngah lenguh ni.

Bila member aku dah datang nak pickup aku, ada lagi satu masalah pulak yang jadi. Member aku ni nak pickup aku naik bas. Ape de hal stakat naik bas. Tapi yang nice sangat bila dia cakap tambang dia cukup-cukup ntok dia balik Shah Alam sorang-sorang. Aku dah start balik serabut. Takkan aku nak jalan pegi Shah Alam jalan kaki pulak?

Time ni aku nekad. Aku dah taknak jalan kaki lagi. Cukup la aku dah berjalan 4jam. Aku dapat idea lagi best. Aku soh Bacang ni pi ngemis. hahah. Takkan aku pulak nak kene mengemis. Jatuh la saham aku. Muka hensem tapi ngemis. Lagipon ni blog aku. Takkan la aku nak burukkan diri sendri ye tak.

Tapi tu suma just idea je. Last-last member awek aku ni yang bagi pinjam duit kat kiteorang. Lagipon awek member aku ni baik ngan aku. Satu skolah la katakan.

So dapat je duit teros aku tinggalkan Kl central menuju Shah Alam. Aku rasa sungguh heaven bila dapat pegi umah member aku. Yela sampai sana dapat makan, pastu kompem-kompem ada katil.

Seperti ape yang kiteorang planning sumanya berjalan ngan lancar. Lepas sehari bermalam umah member aku ni mak dia siap hulur sorang RM10. Time ni la aku rasa bersyukur gila bila pegang duit. Walaupon tak banyak, tapi lepas la aku nak balik Melaka ngan Bacang.

Aku ngan Bacang sampai lah Melaka ngan selamat. *Dah start malas nak taip huhu*

Tu la dia antara pengalaman aku ngan Bacang yang until today aku takkan lupa. Berjalan di tempat orang dengan keadaan sehelai sepinggang. Sumpah rasa susah teramat. Seksanya aku ngan bacang hanya tuhan je tau.

So moral of the story korang pikir sendiri la ye. Bak kata Nabil Lu pikir la sendiri!

Ops btw sebelum aku lupa. Bila aku sampai umah baru aku terpikir. Apsal la aku ni bengap sangat tak telipon mak aku soh bank in duit. Lagi senang. Tak payah aku susah-susah jalan sampai 4 jam. Damn!

Teh O

Tips nak buat air Tea O Panas bila nak bagi tetamu minum.

*  Air kene la masak dulu. Takkan nak bagi minum air paip.
*  Better masak air guna heater. Kalau takde heater pakai la cerek.
*  Tuang air panas dalam teko bubuh teh sampai kaler jadi kaler teh. Takkan kaler sirap pulak.
*  Last skali bubuh gula secukup rasa. Jangan la manis-manis dan jangan tawar sangat.

SIAPP!

Ni bukan teh. 

Benda-benda yang dilarang ketika membuat teh. TAKE NOTE! PENTING NI!

*  JANGAN MASAK AIR GUNA PERIUK. LAGI-LAGI PERIUK TU KORANG GUNA NAK REBUS CILI.

*  CAWAN YANG KORANG HIDANG PASTIKAN DAH BASUH.

*  ORANG MALAYSIA KEBANYAKAN MENGHIDAP SAKIT KENCING MANIS. TOLONG KURANGKAN GULA.

Kalau tak hasilnya macam aku minum teh tadi. Lain dari yang lain. Teh O pedas bau Sardin. Nice!

Kene lagi

Hari ni dah memang nawaitu aku nak bangun lambat. Aku tak kira. Kalau ada bom meletop sebelah aku pon aku tetap taknak bangun.

Tu suma nawaitu je. Kalau dah bapak aku kejut memang aku bangun je la. Aku kan anak mithali. haha

Biasa nya aku akan bangun tido dalam pukul 12tghari macam tu. Maklum la dah takde pape nak buat. Bangun awal pon tak guna. Tapi ntah kenapa one day tu mimpi indah aku diganggu seawal pagi. Dah la time tu aku ngah mimpi Kristen Stewart. Ingat senang ke Kristen nak mimpi aku! Eh, silap lak! aku nak mimpi Kristen. Susah bro susah. Aku baru je nak klimaks dah kene kejut.

Aku ngan muka tak puas hati bangun la dari tido. Serius aku still tak puas hati. Kristen Stewart kot!

"Ayah ingat nak bubuh nama kau kat peraduan ni la. Anjuran Telekom." Kata ayah aku mulakan perbualan.

Aku ngan separuh mamai campur perasaan tak puas hati. "Peraduan ape Ayah?"

"Ayah rasa kau boleh menang peraduan ni."

"Peraduan ape? Bagi la tau."

"Peraduan tido paling lama." jawab ayah aku sambil berlalu pergi.

Mata aku merenung tajam dekat ayah aku. Dalam hati aku tuhan je yang tau.