Saman oh saman!

Hari dah lewat. Beberapa minit lagi matahari akan muncul menandakan hari baru akan menjelang. Aku pulak baru bergegas mahu pulang. Sudah terlalu lama aku melepakkan diri dengan kawan-kawan aku. Cukup lah masa aku terbuang dengan sia-sia. Aku menyetartkan enjin moto yang aku pinjam dari kawan aku untuk pulang ke rumah.

Semasa perjalanan pulang, aku sempat membeli beberapa juadah. Perot ku berbunyi seakan-akan bermain lagu bunkface menandakan aku lapar. Nasi lemak makcik janda anak lawa tu tetap menjadi idaman perut ku walaupon aku tahu nasi lemak beliau tak sedap walhal mahal pula. Akan tetapi untuk melihat wajah anak makcik yang sungguh menawan kalbu itu aku sanggup.

"Suma sekali 6 hinggit."

"Hah! Bapak mahal? Takkan nasi lemak dua bungkus ayam seketul ngan karipap je pon sampai 6hinggit? Haih! Nasib anak kau lawa" bisik aku dalam hati. Tak berani aku nak cakap depan-depan.

Aku meraba poket aku dan mengeluarkan satu-satunya duit berwarna merah yang aku ada.

"Amik la ni makcik. Keep the chance" kata ku penuh macho. Sempat aku mengelip mata ke arah anak makcik yang lawa tu. Kerlipan aku berbalas. Tapi dari makcik tu sendiri bukan anak dia. Aku terkasima kejap. Speechless.

kalau nasi lemak dia macam ni berbaloi la kalau mahal.


Aku pon terus beredar. Rasa sungguh menyesal bila aku tak amik baki duit aku. Aku terasa diri aku sungguh bebal. Suma sebab anak makcik tu lawa. Tapi takpelah rezeki makcik tu dapat anak lawa.

Tanpa memikirkan keadaan sekeliling akhirnya sampai jugak aku kat rumah. Cepat-cepat aku makan sebab aku dah tak tahan nak tido.

"Pas makan ni mintak-mintak takde orang kacau aku tido. Aku nak tido sampai esok" kata-kata hatiku tanda aku dah mengantuk sangat.

Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Aku capai selimut dan lelap.

ZZZZZZzzzzzz, menandakan aku dah terlelap.

Baby baby baby ooh! like baby baby baby noo! like baby baby baby ohh! i thoughts you always be mine!

Kedengaran lagu Justin Bieber memekakkan pagi aku. Argh!! Sapa pulak pasang lagu yang aku benci pagi-pagi buta ni? Takde lagu lain ke nak pasang? Tensen aku! Aku tutup kepala aku ngan bantal bagi kurang annoying.

"Ter bangun ter, hanpon kau bunyi tu." kejut member aku sambil memberi hanpon kat aku. Sumpah lagu Justin Bieber bukan ringtone aku. Mesti bebudak ni pedajal aku. cilake!

Aku lihat ada 20 miskol dan 10 msg. Aik? awek mana lak cari aku pagi-pagi ni? Nak kata gf aku memang tak lah. Dah berabad aku single. Aku check msg satu-satu dan aku terus jadi segar. Rupa-rupanya ada awek mintak tolong amik dia kat Gombak. Actually member sebenarnya. hak hak. Kalau lelaki mintak tolong time macam ni memang sah-sah aku soh dia tunggu sampai petang. haha.

So aku pon cepat-cepat bersiap nak pegi amik member aku ni. Walaupon mengantuk aku gagahi jugak demi member. Semangat setiakawan tu kan penting. Lagi- lagi yang mintak tolong tu wanita.  ihiks!

Sesampai je aku kat Gombak aku terus amik dia. Mak ai! kemain lawa lagi engkau. Rasa macam nak ngurat pon ada. Tergugat iman aku kejap. Tapi aku tetap maintain cool. Aku meneruskan perjalanan menghantar dia ke destinasi yang dituju.

Dalam perjalanan aku terlihat 100meter depan aku ada polis buat roblock. Cepat-cepat aku memakai seatbelt. Dalam kepala otak aku dah semakin semak bila aku teringat yang lesen aku pulak mati. Adoiyai! Tapi aku still maintain cool.


"Encik. Sila ketepi ye. Mintak lesen ngan ic." Pakcik polis bermisai lentik memulakan perbualan dengan penuh mesra.

"Encik, saya dapati encik melakukan dua kesalahan ye. Tapi atas timbang rasa saya akan menyaman salah satu dari kesalahan encik." Sahut pakcik polis tu cuba bermesra ngan aku.

"Dua kesalahan? Ape dia encik? Rasa-rasa saya takde kesalahan pon yang saya buat." Aku mula menjawab.

"Kesalahan pertama, Lesen encik mati. kedua Encik tak memakai seatbelt."

Ikotkan hati nak je aku menjawab lagi tapi bila dipikirkan ada awek dok sebelah aku terpaksa aku redha. Always be cool. Elok-elok dia charge aku satu kesalahan kang teros jadi dua. Takpelah. Aku accept.
Kalau Polis Malaysia macam ni, 10 saman pon abang sanggup kene! ihiks!

Dapat je saman aku teros tengok ape kesalahan yang aku kene. Pakcik misai lentik tu charge aku tak pakai seatbelt. Oklah dari kene dua saman. Semenjak dari hari tu aku tak penah tak pakai seatbelt bila bawak keta.


                                                   ******************

Aku selalu pesan dekat member-member aku jangan lupa pakai seatbelt. Peristiwa aku kene saman sentiasa segar dalam ingatan.

Oneday nak dijadikan cerita semasa aku hendak pergi berniaga aku singgah ke pasar untuk membeli barang sikit. Memang aku tak penah tak pakai seatbelt. Peristiwa lalu membuatkan aku lebih berhati-hati dan sentiasa memakai seatbelt.

Nak dijadikan cerita selepas aku membeli barang di pasar bersama kawan-kawan aku merangkap pekerja aku, aku teros bawak keta. Aku bawak keta macam biasa cuma aku tak pakai seatbelt. Maklumlah jarak kedai aku ngan pasar tak sampai 200meter. Sangat dekat. Sebabkan dekat sangat la aku tak pakai seatbelt.

Yang aku jadi geram sangat ntah macammana ada polis buat roblok betol-betol depan kedai aku. Aku tak sempat buat pape. Nak pakai seatbelt pon tak sempat. Lagi sekali aku kene saman tak pakai seatbelt. Aku hanya boleh redha.
Gambar sekadar hiasan
Skang aku ada dua saman tak pakai seatbelt. Memang aku rasa diri aku tersangat malang. Member aku siap cakap lagi kat aku bila aku sentiasa pakai seatbelt tak penah pulak ada roblok. Masa aku terlupa nak pakai kejap je dah boleh kene. Nasib nasib. Sejak dari haritu setiap kali aku naik kereta walaupon sekejap aku akan pakai seatbelt. Tak sanggup aku kene saman buat kali ketiga. Huhuh.

P/s : Pakailah seatbelt kalau korang taknak kene saman. Aku serik dah.

5 comments:

Double "O" said...

Nsib bek kene saman.. Kalau kene denda lompat tangga camne??

Mr Agogo said...

aku rilek je ter x penah kne saman x pakai seatbelt
haha

retop hataf said...

en pergh. cube jgn kait kan ngan tangga. aku trauma. haha

retop hataf said...

mr agogo. memang la kau takpenah kene saman. sebab kau heboh ngan kau punya fearing. haha

Anonymous said...

haha fata ngek..pdn muka!

Post a Comment