Dugaan

Aku menjadi bertambah kusut pabila tengah musim kemarau ni masalah datang tak henti-henti. Dah bermacam dugaan aku hadap. Penuh kesabaran, penuh tawaduk aku selesaikan satu-satu still bala menimpa aku.

Mungkin ini hanyalah dugaan Allah untuk melihat hamba-hambanya supaya menjadi lebih bersabar. Memang aku bersabar. Memang!

Aku manusia biasa. Aku bukan maksum. Aku hanyalah manusia biasa yang penuh dengan kehinaan. Apakan daya. Aku hanya boleh berdoa agar Engkau berikan aku keberkatan. Kurangkan bala yang aku hadapi. Berikan aku ketenangan dan kesabaran.

Setiap kebahagiaan datang daripada kesusahan. Setiap kesenangan datang daripada kepayahan.

So sebagai penutup aku anggap segala yang terjadi kat aku ni hanyalah dugaan.

Wahai keretaku! Kau menjadikan aku tempang selepas engkau sakit. Mungkin satu hari nanti kau akan bertukar menjadi Mini Cooper. Mungkin. Aku hanyalah bersabar. Aku redha. Aminn. Cepat sembuh keretaku.

2 comments:

Mr Agogo said...

go mini!!

nurul ashikin said...

kete aku mini cooper... kancil cooper

Post a Comment