Blogging?

Rindu aku kat blog ni. Lama dah rasa nya tak post something. La ni tetiba rasa macam nak update menda tapi tu lah tak tau nak update ape. Takpe aku try gak tulih something.


Skang aku dah benti keja. Selamat tinggal Synergistic Generation aku dah tak keja ngan ang laie. Btw aku nak ucapkan thanks kat sape-sape yang terasa depa keja kat situ sebab dok ajaq aku menda bukan-bukan. Duk ajaq aku buat keja sampai la duk ajaq aku cara pikat awek la jaga bini la suma depa duk ajaq. 


Skang aku dah belajar balik. Aku belajaq kat Uniten. Ampa tau dak uniten tu kat mana? Takkan tak tau kot. Kat bangi la. Actually aku pon tak tau sebenaqnya nak habaq uniten tu kat mana. Sat orang kata kat bangi sat tengok alamat depa tulih Campus Putrajaya Uniten. Tapi aku rasa macam kat Serdang pon ada gak. Ontah lah den pon tak tau kek mano nak gitau. Yang den tau lokasi dia cukup lah. Gitau detail pon bukan ekau nak datang molawat den.
*totibo masuk loghat nogori. lantak ekau la nak koba apo ni belog den. 


Den sobonar ea memang ado niat nak aktif balik blogging bilo nak masuk blaja balik. Yo la dah lamo den tak ngepdate, dio punyo rindu lak ai cam nak cium jo Miranda Kerr.*tak pasal.  Ekau konal tak Miranda kerr? Bini tak jadi den?

Ni la Miranda Kerr. Terbaik dari Ladang


*back to normal accent


1st day aku masuk belajar dia punya orientasi mak ai. Tu je bole aku cakap. Korang suma penah orientasi kan, so sama je mana-mana pon. Next time aku cita pasal orientasi depa. Tapi dalam pale otak duk pikir nak start blogging balik. So aku pon try la pakai tenet kolej aku ni. Mak ai. dia punya laju jangan cakap la. unifi pon kalah. Huh! Nak bukak google pon aku sempat masak air la. Ok aku exaggerate. My mistake. :(


Tapi memang slow la tenet dia. Takpe aku paham. Biasa la tu kita duk kongsi ramai-ramai kan server dia sebab tu la slow. So baru la ni aku dapat ngepdate tu pon selepas aku bertafakur selama 8jam semata-mata taknak diri aku dirasuk setan dengan mencampakkan laptop aku dari tingkat 4 kebawah atas alasan tenet slow. 

Acah-acah lawa kan? padahal ni gambar after photoshop


Gambar Pecah skit


Uniten? kenapa uniten? aku pon tak tau kenapa aku pilih uniten. maybe sebab dia.....ermmm sebab diaaa ermmmm......sebab diaa ermmmm...... Next question please. tak leh nak jawab. 


Sebenarnya aku tak apply mana-mana pon. Aku just apply Uniten je so bila dah dapat aku terus accept tanpa pikir panjang. Dah masuk baru lah aku dapat rasakan sedikit erti penyesalan. Tapi takpa akan aku harungi kehidupan sebagai student as my challange. Chewah. 


Tapi suma tu sekejap ja. Sebab la ni aku rasa seronok lak belajar kat uniten ni. Sebulan aku duk sini baru aku rasakan uniten ni banyak awek hot-hot. Serius tak tipu. *sambil angkat tangan kanan* Kalau korang tak caya meh datang sini kita tengok. Yang acah-acah hot pon banyak gak. Lagi banyak dari yg hot-hot. Eh! kang tetiba cik adik aku duk baca mampuih aku kene pelangkung ngan depa. Takpa cik adik jgn risau my heart always for you cik adik. Chewahh lagi sekali! haha. 

Yang ni bukan acah-acah hot. take note!


Tapi ada satu ja aku tak pueh ati kek uniten ni. malam kalau nak makan kemain jauh lagi. Kalau takda transpot memang kebuluq la jawap dia. Takkan ari-ari nak bedal nasi lemak koop lak. berlemak lak badan aku. Badan berlemak aku tak kesah lagi. Kang tetiba perangai aku lak naik lemak tak pasal bapak aku bebulu ngan aku nanti. 


Tahap kesusahan belajar? omputih kata difficulty of study? Bagi aku sama ja kalau nak banding ngan mana-mana U. Hang pi kelaih, hang buat homework, hang study awai, hang bole la dapat dean. Kalau takat sok nak exam malam tu baru hang bukak buku hang pi mana-mana belajaq kalau lagu tu cara hang buat memang ang failed gak. 


Aku ni dah bebel cam mak nenek tak tentu pasal ni aku rasa dah pelan-pelan aku tekan button publish. Idea nak menaip pon dah abih rasanya. Elak aku menaip tah pape je nanti. Yess! 1st entry after 8 month den sonyap.


Btw, meh la follow twitter den. @fatahpoter nak promote skit. hehe. 


1 comments:

Anonymous said...

depak?

Post a Comment